Zulin Aziz Puji Kekasih Tak Pernah Berkira, Sekali Zulin Aziz Titipkan Doa Ini Pada Kekasihnya

Setiap wanita pasti impian lelaki yang bertangungjawab untuk dijadikan suami dan paling penting lelaki itu tidak berkira serta tidak kedekut dengan isteri.

Baru-baru ini, pelakon Zulin Aziz ada memuat naik satu entri berkongsikan kegembiraan menyambut ulang tahun kelahiran kekasih hatinya, Farhan Norzaini yang ke-34.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)


Menerusi entri itu, Zulin turut memuji sikap kekasihnya yang bertangungjawab serta tidak berkira dari segi kudrat dan juga duit.

Dalam pada itu, Zulin turut mengatakan ada kebaikannya dikurniakan kekasih yang tegas kerana dia seorang yang keras kepala.

“Dia sangat bertanggungjawab dengan family.Sentiasa kerja keras demi bahagiakan kami. Dia tegas! bagus juga. Zulin kan kep4la b4tu. Tapi dia sangat penyayang.. Dia jaga kita sedaya dia. Tak pernah berkira kudrat,duit. Ya Allah limpahkan rezeki buatnya ya Allah,” tulisnya.

Di akhir perkongsian itu, Zulin turut mendoakan agar kekasihnya itu sentiasa dilindungi Allah serta diberi kejayaan dunia akhirat dan permudahkan urusan mereka.

Selepas melalui episod cinta dua sebelum, kami mendoakan semoga hubungan Zulin dan kekasih sampai ke jinjang pelamin.

 

Sumber: ROTIKAYA
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *