
Kuala Lumpur: Pelakon, pengacara dan penyanyi, Zulin Aziz menjelaskan dia dan kekasihnya, Farhan Norzaini belum lagi diikat dalam majlis pertunangan seperti diperkatakan peminat di laman sosial.
Ia susulan Zulin memuat naik gambarnya bersama Farhan di pelamin persandingan adik kepada Farhan, semalam.
“Itu bukan majlis pertunangan kami atau apa. Itu adalah gambar pada majlis perkahwinan adik Farhan iaitu Fareez. Kami cuma bergambar sahaja dan meraikan hari bahagia kedua-dua pasangan pengantin,” katanya kepada Harian Metro.
View this post on Instagram
Zulin ketika dihubungi berkata, dia menerima banyak ucapan tahniah daripada pengikut dan rakan-rakan di Instagram.
“Ramai ucapkan tahniah walaupun selepas saya muat naik gambar bersama pasangan pengantin,” katanya.
Ditanya bilakah giliran dia dan Farhan untuk menamatkan zaman bujang, Zulin meminta agar semua pihak mendoakan hubungan mereka sehingga ke jinjang pelamin.
“Bukan kami tak mahu percepatkan, cuma saya mohon semua doakan agar semuanya dipermudahkan,” katanya.
Komen Peminat Zulin Aziz
Sumber: HM
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.