Zulin Aziz kini Sah Bergelar Isteri Farhan

Tahniah diucapkan kepada Zulin Aziz yang selamat bergelar isteri kepada rakan kongsi perniagaan, Farhan Norzaini dengan sekali lafaz di Masjid Negara jam 9.20 pagi tadi.

Pasangan mempelai diijabkabul berwalikan abang pengantin perempuan, Shah Rezza Abdul Aziz. Mereka dinikahkan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd Hosni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)

Pada majlis itu, Zulin atau nama sebenar, Farah Azleenda Abdul Aziz menerima wang hantaran RM30,000.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)

Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin RM80 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Selepas berdepan pah1t getir dalam mencari cinta sejati, Zulin berharap kehidupan bersama suaminya akan dipermudahkan.

“Saya sering digambarkan dengan cinta sejati selama ini. Begitu juga fantasi dunia kartun Disney yang membahagiakan antara dua karakter kartun.

“Namun, sebelum dua karakter kartun itu bersatu, pelbagai dugaan ditempuhi. Di alam realiti, saya melalui pahit getir dalam mencari cinta sejati.

“Kehadiran suami dua tahun lalu bagai magis yang mengubah persepsi bahawa kemarau panas berpanjangan itu berakhir dengan kehadiran pelangi selepas hujan,” katanya.

Pasangan itu bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi di premis acara, Magica Grand Hall, Shah Alam malam ini. Terdahulu, Zulin selamat mengikat tali pertunangan pada 28 Januari lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Bh Onliine

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *