Zizan Razak Jadi Bualan Di TikTok, Sanggup Patah Balik Demi Peminat- “Tak Sombong”

Pelawak, pelakon dan penyanyi terkenal, Zizan Razak merupakan antara selebriti lelaki yang tidak perlu lagi diperkenalkan kepada umum kerana bakatnya itu sangat disukai ramai.

Berilah apa sahaja tugasan kepadanya, Zizan Razak juga sangat menghiburkan peminat sebagai pengacara dan boleh dikatakan selebriti yang serba boleh sebagai anak seni.

Zizan Razak juga merupakan seorang selebriti popular yang humble dan perkara itu sekali lagi dibuktikan oleh peminatnya yang berkongsikan bagaimana sikap pelakon Polis Evo ini terhadap dirinya.

Sehingga Zizan Razak masuk ruangan ‘fyp’ di TikTok sekali gus viral dan menjadi bualan hangat netizen gara-gara dirinya yang baik dan tidak sombong dengan peminat. Video yang dikongsikan oleh pengguna atas nama Ollymazeri dalam pada masa yang sama meraih ribuan tontonan.

Perkongsian di ruangan aplikasi popular itu bersama satu rakaman video yang memaparkan Zizan Razak sanggup berpatah balik demi peminatnya ini turut membuatkan ramai di TikTok turut sama teruja.

@ollymazeri nak jugak, sporting je zizan kalau jumpa depan2 🤪#fypシ #fypdongggggggg #xyzcba #buatjewtiktok ♬ Comel je semua edit – Syaa ◡̈

Tak kurang juga diruangan komen, oleh kerana peminatnya yang tidak sempat memilih filter apabila Zizan Razak sempoi mengambil gambar bersamanya membuatkan netizen tercuit hati.

“Bagusnya dia… sanggup patah balik”

“Kali ni Zizan Razak pulak fyp”

“Bestnya dapat jumpa, humble je Zizan”

 

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *