
Selebriti popular yang juga usahawan, Zizan Razak berkongsi rasa teruja dan berbangga kerana restoran makanan Korea yang diusahakannya, K-Town Korean BBQ Grill House mendapat kunjungan golongan berpengaruh.
Gembira Restoran Jadi Pilihan Sambut Hari Lahir
Menerusi perkongsian klip video yang dikongsi Zizan di Instagram nya,pelakon ini meluahkan rasa gembira kerana Tan Sri Noh Omar sekeluarga memilih restorannya untuk menyambut hari lahir salah seorang ahli keluarganya baru-baru ini.
Zizan menyatakan dirinya tidak lekang dari senyuman kerana kehadiran ahli politik tersebut memberi satu pengalaman manis buat kakitangan serta dirinya.
“Sangat membanggakan apabila YB Tan Sri @mynohomar dan Puan Sri @syazara_aisha serta keluarga beliau memilih @ktown.bbq untuk dinner dan menyambut birthday.
Buat saya tersenyum sampai pagi kerana ini satu pengalaman manis pada saya dan team Ktown, apabila kami memberikan layanan baik buat mereka dan mereka membalas dengan lebih baik layanan buat kami semua.
Tidak memilih siapa.
Sungguh down to earth family YB. Terima kasih diatas kehadiran ke restaurant kami. Sungguh kami alu-alukan kedatangan akan datang.” luahnya
Netizen Terk3jut, Ada Yang Ingat PM Datang
Perkongsian Zizan di Instagram nya itu turut menarik perhatian orang ramai, kerana tidak menyangka restoran berkonsepkan makanan Korea akan menjadi pilihan keluarga ahli politik tersebut untuk mengadakan sambutan hari lahir.
Selain itu,terdapat juga usikan komen daripada pengikutnya yang beraggapan orang kenamaan yang dimaksudkan adalah Perdana Menteri.
“Saya ingat Perdana Menteri yang Ke-9 tadi”
“YB Noh Omar”
“Terbaik”
“Wow”
“Ceh, ingatkan Najib tadi” tulis mereka
Sekadar info, restoran K-Town Korean BBQ Grill House milik Zizan ini terletak di Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: Murai.my
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.