Zara Zya Mahu Lelaki Berkerjaya, Boleh Tampung Dirinya Sampai Tua

Selepas melalui pengalaman putus tunang, pelakon Zara Zya berkata dia kini memilih untuk berahsia sekiranya mempunyai kekasih hati satu hari nanti.

Zara berkata dia mengakui kini lebih berahsia berbanding sebelum ini dia tidak kisah berkongsi kisah cintanya kepada umum.

“Selagi saya belum berkahwin, orang akan tertanya-tanya saya dengan siapa (bercinta)? Sebab sekarang saya terlalu berahsia, tidak seperti sebelum ini. Kalau dahulu memang saya kongsikan (kisah cinta) dengan peminat,” katanya.

Dalam pada itu, Zara berkata dia mengakui sudah bersedia untuk bergelar isteri seandainya dipertemukan dengan pasangan yang tepat.

“Sebelum ini orang memang dah tahu kisah saya (putus tunang). Jadi saya tidak mahu perkara sama berlaku. Cuma apa yang boleh saya katakan, doakan sahaja yang baik-baik untuk saya. Insya-Allah bila sampai waktunya, saya akan beritahu nanti.

“Saya bukan orang yang akan sorok pada peminat. Lagi pun siapa yang tidak mahu berkahwin?” katanya.

Ditanya mengenai ciri lelaki idaman, Zaya berkata dia tidak terlalu memilih, cukuplah jika pasangannya itu seorang yang bertanggungjawab.

“Lelaki pilihan? Saya tidak memilih. Kalau ditanya ketika waktu muda, mesti kita akan cakap nak kriteria lelaki tinggi dan baik. Semua orang nak yang baik.

“Tapi sekarang, apa yang saya boleh katakan, saya mencari seorang lelaki yang ada kerjaya, boleh tampung saya sampai hari tua dan boleh membimbing saya di dunia dan akhirat. Itu sahaja,” katanya.

 

Sumber:ROTIKAYA

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *