[VIDEO]“Senyum Sorang2 Tengok…”-Makin Hari Makin Kelakar, Netizen Terhibur Neelofa Usik Haris

Sebut sahaja nama pasangan selebriti dan usahawan popular ini, Neelofa dan suami, Haris Ismail atau turut dikenali sebagai PU Riz pasti ramai yang semakin tercuit hati dengan gelagat mereka yang rupa-rupanya suka usik antara satu sama lain.

Malah bagi warganet juga, ada yang berpendapat mereka semakin hari semakin kelakar dek kerana sering membuat video IG live bersama.

Pada kali ini juga, video Neelofa yang sedang usik Haris mengundang ramai terhibur dengan gelagat pasangan ini yang mana mereka telah disatukan sebagai suami dan isteri pada Mac tahun lalu.

Lebih menghiburkan juga buat peminat mereka, reaksi Haris Ismail apabila diusik oleh Neelofa. Mana tidaknya, Haris Ismail yang dilihat berbual dengan warganet dalam bahasa Inggeris.

Namun begitu, tidak semena-mena pula suara Neelofa yang mengusik lalu mencetuskan tawa ramai dimana perkongsian pengguna akaun TikTok atas nama, ainunumirah ini meraih ribuan tanda suka.

Lalu menjengah ke ruangan komen pula, gelagat lucu mereka menjadi perbualan warga TikTok selain ada yang turut suka melihatkan perangai suka mengusik pasangan popular itu.

“Pu Riz dan isterinya kaki mengusik…”

“Hahaha comey la ho…”

“Tak pernah tak kelakar dua orang ni”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: HCL

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *