
PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki menyamar sebagai pelayan restoran untuk membuat kejutan kepada keluarganya tidak menjadi apabila ibunya dapat mengec4m wajah anak kesayangannya itu.
Menerusi sebuah video berdurasi satu minit 58 saat yang dimuat naik oleh Hilmi Azlan di media sosial, ahli keluarga terutama ibu bapa pemuda tersebut kelihatan teruja apabila dapat bertemu dengan anaknya setelah sekian lama tidak dapat dapat berbuat demikian.
Hanya dengan sekali pandang, wanita itu sudah mengecam pelayan tersebut adalah anaknya dan terus memanggil nama Azlan.
“Kami sudah tahu Azlan akan datang ke sini untuk berjumpa dengan keluarga namun kami tidak beritahu mak ayahnya kerana mahu membuat kejutan,” kata salah seorang ahli keluarga Azlan.
Video
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial berasa gembira bercampur sebak memandangkan ada yang tidak dapat berjumpa ibu bapa masing-masing termasuk sudah meningg4l dunia.
“Saya terharu menonton video ini, bersyukurlah kalian yang masih mempunyai ibu. Sayangilah ibumu, muliakanlah ibumu,” kata @kangbams.
“Rindu sewaktu dulu. Sekarang semuanya hanya tinggal kenangan. Seiapa yang masih punya orang tua, sayangi mereka, rawat mereka selagi kalian masih bisa melihat senyumanya,” ujar @candra.
“Cembvrunya saya. Al-fatihah buat mak dan ayah. Jagalah mereka sebaik mungkin,” jelas @zeyraa. – K! ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber:Kosmo!
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.