[VIDEO] “Nanti Nak Berapa Orang Anak?” -Sekali Haqiem Rusli Bagi Respons Padu Buat Buatnya

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti menginginkan zuriat sendiri akan tetapi ianya bergantung kepada situasi dan juga rezeki.

Umum mengetahui, penyanyi popular Haqiem Rusli, 23 selamat disatukan dengan pasangannya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19 di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya, petang semalam.

Belum Ready lagi

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh Ayzayyn, Haqiem memberi respon apabila ditanya mengenai anak.

Apabila ditanya mengenai berapa orang anak yang mereka inginkan selepas sudah mendirikan rumah tangga, pemilik nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli mengatakan bahawa dia dan isterinya tidak bersedia untuk ada cahaya mata lagi kerana usia isterinya baru sahaja 19 tahun.

Bila bincang pasal anak ni, kami tak ready lagi sebab Sofea sekarang umur baru 19 tahun dan saya pun baru 23 tahun

Video yang berdurasi 14 saat itu meraih lebih 1.4 juta tontonan dan mendapat lebih 125 ribu tanda suka di TikTok.

Video penuh:

Merancang keluarga

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan Haqiem. Malah ada juga di antara mereka mengatakan seeloknya merancang dahulu sebelum bersedia menjadi ibu bapa.

 

Sumber: Ayzayyn / obulan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *