[VIDEO] Didakwa Pernah ‘B3nci’ Memey Suhaiza, Ini Respon Padu Abby Abadi –”Waktu Itu & Sekarang Berbeza”

Tak dinafikan, hubungan baik pelakon Abby Abadi dengan bekas suaminya iaitu Norman Hakim dan isteri, Memey Suhaiza sering menjadi tumpuan netizen di media sosial. Bukan itu sahaja, silaturahim yang terjalin dalam keluarga ini sering mendapat pujian dan dicontohi ramai.

Abby Abadi jawab dakwaan netizen

Baru-baru ini, Abby Abadi ada memuat naik satu video di TikTok memaparkan dirinya dan suami, Muhammad Faizal Zakari bersama Norman Hakim dan Memey Suhaiza dengan berlatarkan suara rakaman nasihat buat suami tentang kuasa doa seorang isteri. Mengenakan pakaian yang sedondon, kedua-dua pasangan ini nampak cukup romantik dan bahagia.

Di ruangan komen, kebanyakan netizen mengakui sangat menyukai hubungan yang terjalin antara Abby Abadi dan Memey Suhaiza. Namun, ada seorang netizen meninggalkan komen seakan mendakwa Abby Abadi selaku bekas isteri Norman mempunyai rasa ‘b3nci’ terhadap Memey Suhaiza pada suatu ketika dahulu.

Abby Abadi kemudian menjawab dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa dia tidak pernah sekali pun mengatakan bahawa dirinya memb3nci Memey. Malah apa yang terjadi sebelum ini adalah masalah antara dirinya dan Norman. Dalam kesempatan itu, Abby Abadi berharap agar netizen dapat membezakan situasi lama dengan yang sekarang dimana situasinya sangat berbeza.

Video TikTok

Sumber: Abby Abadi / obulan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *