
Sudah menjadi kebiasaan kepada ibu bapa pada hari ini memberi telefon bimbit kepada kanak-kanak untuk menonton video dan bermain permainan. Namun begitu, pendedahan yang berlebihan amat berbahaya kepada kanak-kanak, bahkan boleh menjejaskan kesihatan mereka.
Mata anak jadi m3rah & s3mbap
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Fini Khasim di TikTok, dia berkongsi pengalaman cem4s apabila mata anaknya bertukar kemer4han serta s3mbap dipercayai akibat terlalu banyak bermain telefon bimbit.
Dalam pada itu, wanita berkenaan mengaku bahawa dirinya begitu sibuk bekerja sehingga tidak ada masa untuk memantau anaknya bermain telefon bimbit.
Lepas kejadian semalam, terus stop bagi telefon atau tablet dekat Aidil. Semoga cepat sembuh baby.
Ibu minta maaf, ibu terlalu penting kerja sampai awak terbiar hidup dengan gajet.
Ujarnya lagi, punca mata anaknya sakit adalah disebabkan tahap kecerahan skrin telefon bimbit yang begitu terang. Si ibu berjanji pada dirinya bahawa selepas ini dia tidak akan memberi telefon ataupun tablet kepada anaknya lagi.
Wanita berkenaan turut dinasihatkan oleh doktor agar tidak memberikan anaknya gajet elektronik berkenaan selama seminggu.
Dia(Aidil) bukannya tengok tefelon dari pagi sampai malam. Dia cuma tengok telefon 15 minit pagi, 15 minit petang, dan 15 minit malam. Walaupun kejap tapi effect cahaya telefon bagi effect kat mata dia.
‘Berpunca dari gajet buat ibu sedar’
@finikhasim_ Lepas kejadian semalam , terus stop bagi fon atau tablet dekat aidil . Gws baby #fyp #trending #sick #fypdongggggggg ♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀
@finikhasim_ Reply to @norafazila1 PART 2 kisah aidil dan gadjet🥺 #fyp #trending #sick #fypdongggggggg ♬ Purnama – Naim Daniel
Sumber : finikhasim_ /Ohbulan!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.