Video Abby Abadi Bersama Anak-Anak Dihujani Pujian, “Macam Adik-Beradik”

Sering mencuri tumpuan ramai, anak kedua Abby Abadi bernama Marissa Dania ini sememangnya semakin cantik seiring meningkat usia. Keluarga kecil selebriti ini juga sering mencuri perhatian yang mana adik-beradiknya semakin membesar.

Terbaharu keluarga ini pergi bercuti dan Abby Abadi sempat memuat naik satu video bersama anak-anaknya. Video yang memaparkan anak-anak yang sudah besar dan masih kecil dalam satu kenderaan ini membuatkan ramai terhibur. Dalam rakaman itu kelihatan Abby Abadi bersama anak keduanya, Marissa Dania duduk di depan dan anak lelaki di belakang bersama adik-adik yang lain.

Perkongsian video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Abby Abadi ini adalah seperti berikut:

@abbyabadi112Sebab rumah 3hari takde air.. (13hb -16hb Oktober 2021) berlakulah peristiwa ini.. lepak hotel di KL.. Tik Tok jap 💛♬ Dahsyatnya Cintaku Remix – 𝕬𝖌𝖚𝖘 𝕯𝖆𝖓𝖈𝖎𝖑 🚀


Alahai comel dan cantik masing-masing! Apa yang penting semakin dewasa anak dara Abby Abadi ini makin seiras dengan ibunya. Perkongsian video Abby Abadi bersama anak-anak ini telah meraih lebih 620 ribu tontonan dan 33 ribu likes. Rata-rata warganet memuji kecantikan anak selebriti ini. Berikut antara reaksi ramai yang dikongsikan di ruangan komen:

“Seronok tengok Kak Abby sekeluarga semoga bahagia dan gembira selalu ye”

“Dah besar2 dah anak2 aby. Segak anak2nye..moga bahagian selalu aminnn”

“Seronok anak dara…anak teruna…dah jadi anak dara comel…Anak teruna kacak…Dah matang. Tunggu menantu je itu”

“Semua cantik macam adik-beradik”

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *