Uqasha Senrose, Kamal Adli Nikah Sabtu Ini?

Sekian lama berteka-teki, nampaknya tarikh perkahwinan pasangan selebriti, Uqasha Senrose dan Kamal Adli kembali menjadi bualan ramai sejak beberapa hari lalu.

Rata-rata netizen mendakwa tarikh 11 Disember iaitu Sebtu ini bakal menjadi hari bahagia pasangan pelakon itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Malah, difahamkan malam ini juga pasangan itu bakal menjadi tetamu undangan program MeleTOP sekaligus membuatkan ramai peminat teruja untuk mendapat tahu lebih lanjut mengenai hari bahagia mereka.

Sementara itu, pereka fesyen popular Fizi Woo turut berkongsikan video memaparkan Uqasha melihat busana pengantinnya buat pertama kali.

Bagaimanapun setakat ini masih tiada pengesahan rasmi mengenai perkara itu daripada Uqasha mahupun Kamal. Adakah akan diumumkan malam ini? Sama-sama kita nantikan.

Mengikut perancangan asal, Kamal dan Uqasha sepatutnya melangsungkan majlis akad nikah dan tiga buah majlis resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka.

 

Sumber:Kosmo!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *