Terklni. PM Ismail Sabri Umum Mlnggu Depan Masuk Sambungan Dari Fasa Satu. Ini Jumlahnya Yang Masuk

PUTRAJAYA: Pembayaran Geran Khas Prihatin GKP 4.0 Fasa 2 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi Pemulih akan mula dikreditkan pada Selasa ini sekali gus memanfaatkan lebih 1 juta peniaga kecil dan sederhana PKS mikro yang layak.

Bagi mereka yang belum tahu apa itu GKP 4.0,

GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana PKS mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 berjumlah RM 1,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran berjumlah RM 500 itu adalah lanjutan daripada bayaran Fasa 1 sebanyak RM 500 yang dibuat pada September lalu.

Menurut beliau, secara keseluruhan, setiap peniaga terbabit akan menerima bayaran berjumlah RM 1,000 di bawah GKP 4.0 bagi meringankan beban kewangan mereka akibat p.andemik C0v1d 19.

“Inisiatif ini akan melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0 dengan implikasi kewangan sebanyak RM 500 juta.

“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP. Semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai 22 November ini melalui Portal GKP ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih 1 j.uta PKS mikro di bawah GKP semenjak C0v1d 19 melanda negara adalah sebanyak RM 6.08 b.ilion.

Kata Perdana Menteri, kerajaan berharap agar bantuan tunai berterusan kepada PKS mikro yang layak ini dapat membantu aliran tunai di samping menggerakkan dan memulihkan kembali perniagaan mereka yang merupakan sektor paling terjejas sepanjang p.andemik C0v1d 19.

Untuk maklumat lanjut, penerima GKP boleh merujuk Soalan Lazim yang turut dimuat naik di portal berkenaan.

Kredit : Kosmo

Sumber: mediamalaysia.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *