
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berterima kasih kepada semua yang memberikan ucapan dan doa sempena hari jadinya yang ke-62 hari ini.
Menerusi perkongsian di laman Facebooknya sebentar tadi, Ismail Sabri berkata, sewaktu kecil beliau hampir tidak menyambut hari jadinya.
View this post on Instagram
“Ada tahun ingat, ada tahun ingat pun tak. Tapi bila saya ada anak, memang tiap tahun saya akan sambut hari jadi mereka.
“Walau sibuk macam mana pun saya tetap akan kosongkan jadual untuk mereka, daripada kecil sampai lah dah besar panjang semua,”katanya di Facebook.
Tambah Ismail Sabri, bila beliau dah semakin tua, anak dah makin besar mereka pula yang sentiasa tak sabar meraikan hari jadinya dan isteri.
“Alhamdulillah sebagai parents (keluarga), saya rasa sangat dihargai.
“Terima kasih juga kepada semua yang memberikan ucapan, doa dan sebagainya. Saya sangat menghargainya,”ujarnya.-K! ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: Kosmo
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.