Terbaik Nyayian Misha Omar & Alif Satar Di Meletop Meremang bai, “Lawak Lah Diorang Ni”

Nama Misha Omar dan Alif Satar bukanlah baru dalam dunia seni tanah air. Mereka berdua antara penyanyi berbakat besar dan sehingga kini Misha Omar dan Alif Satar masih diterima baik dengan suara nyanyian yang tidak pernah mengecewakan.

Baru-baru ini kehadiran mereka berdua dalam rancangan Meletop telah mencuri perhatian ramai. Mereka hadir untuk segmen battle yang mana keduanya perlu menyanyi lagu yang diberikan secara spontan.

Dimulakan dengan Misha Omar, lagu yang diberikan ialah Kau Kunci Cintaku nyanyian asal Ramlah Ram. Diikuti oleh Alif Satar dengan lagu dangdut, Yang Sedang Sedang Saja.

Malah lagu akhir berjudul Khayalan mereka menyanyi bersama-sama membuatkan ramai terhibur. Buat yang terlepas menyaksikannya boleh tonton dalam rakaman dimuat naik di Youtube Meletop ini:

Nampaknya Misha Omar tahu semua lagu yang diberikan. Memang hebat! Apa-apa pun segmen ini telah membuatkan ramai terhibur. Berikut antara reaksi penonton selepas menyaksikannya:

“Lawak lah diorang ni, Nabil dan Kak Lina minta battle, tapi Alif dan kak Mich berduet”

“Lawak Alif nyanyi lagu dangdut..Macam ke laut je”

“Kelakar giler si Alif ni. Seronok plak tengok main bedal jer!”

“Power Kak Mitch macam jukebox. Petik lagu yang dia blur2 pun dia pandai goreng. Konfem banyak pengalaman buat show ni”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: HCL

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *