“Tapi, Bila Lihat Program Nyanyian, Semua Juri Memang Hebat Dalam Muzik” -Shahrol Shiro

PETALING JAYA: Pelawak terkenal, Shahrol Shiro tampil berkongsi pendapatnya dan teguran berkenaan pemilihan juri berhubung program lawak popular, Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021), yang baru sahaja berlangsung Jumaat lepas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)


Menurut Shahrol, dia berpandangan bahawa juri yang terpilih bagi program tersebut sebaiknya adalah seorang pelawak ataupun mempunyai pengalaman dalam komedi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

Sehubungan itu, jika pemilihan daripada kalangan berpengalaman, mereka boleh memberi tunjuk ajar dan bimbingan membina buat para peserta yang bertanding.

“Ada satu isu yang sering dibangkitkan dari dahulu iaitu juri. Sepatutnya, juri adalah mereka dari kalangan pelawak.

“Mahupun yang mempunyai pernah membuat persembahan di atas pentas kerana lebih arif dan boleh memberi teguran yang boleh membina supaya peserta mengetahui di mana kesilapan.

“Dengan itu, kualiti persembahan boleh ditingkatkan dari peserta di minggu hadapan,” katanya di Facebook.

Mengulas lanjut, pendapat pelawak itu lagi adalah pihak berkenaan sebaiknya boleh mengambil contoh menerusi rancangan-rancangan lawak yang ada di Indonesia di mana mereka menjemput juri yang lebih arif untuk melontarkan komen.

“Jika dibandingkan program pertandingan komedi di Indonesia, jurinya semua berpengalaman luas dalam bidang ini. Jadi mereka tahu kesilapan dan memberi teguran yang membina.

“Maka, peserta dapat memperbaiki menjadi lebih baik minggu hadapan. Tetapi, bila dilihat program nyanyian seperti Gegar Vaganza, semua juri memang hebat dalam muzik.

“Jangan mar4h, cuma teguran sejak dulu dan niat saya ingin melihat kualiti komedi Malaysia boleh setara Indonesia malah lebih lagi,” coretnya panjang.

Sebagai informasi, pihak MLM 2021 telah pun memperkenalkan para juri iaitu Noh Salleh, Uqasha Senrose, Diana Danielle serta Datuk Rosyam Nor.

Sumber:Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *