Tanah Rvntuh Depan Rumah, Shiera Tetap Bantu Orang Lain

TANAH runtuh yang berlaku di bukit berhadapan kediaman Shiera dan Ijoy di Taman Melawati tengah malam tadi akibat hujan lebat.

PETALING JAYA – Penyampai radio dan juga pelakon, Sharifah Shahira antara yang turut terkesan berikutan situasi hujan lebat tanpa henti yang melanda negara sejak Jumaat lalu.

Menerusi perkongsian dalam Instagram tengah malam tadi, Shahira atau mesra disapa Shiera berkongsi kejadian tanah runtVh yang berlaku di bukit berhadapan dengan kediamannya terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Shiera bersama suaminya, pelakon Ijoy Azhari serta tiga anak mereka baru pulang dari menghadiri sebuah majlis perkahwinan di ibu kota semalam sebelum mendapati kejadian tersebut berlaku setibanya di rumah.

“Baru balik dari majlis kahwin, tanah runtuh di lorong rumah kami. Setakat ini, tak menghal4ng jalan lagi.

“Tapi ada tempat lagi terVk. Jadi kami pun tak nak kac4u sesiapa tengah malam. Tak tahu nak telefon siapa pun ya juga. Atau biar saja dulu. Ke macam mana?” kata Shiera.

Dalam video berkenaan, jelas kelihatan tanah runtuh berlaku sehingga menyebabkan pokok-pokok di situ turut tumb4ng menghemp4p sebuah kereta.

Ketika video tersebut dirakam Shiera, masih berlaku pergerakan tanah tetapi dalam skala kecil.

Shiera, 47, yang dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi bagaimanapun bersyukur kerana setakat ini keadaan di sekeliling kediamannya masih selamat.

“Kawasan keliling kami ada pokok tumbang tapi rumah saya selamat. Cuma saya sejak malam tadi tak dapat tidur lena sebab selalu tengok cuaca masih hujan atau tidak.

“Tapi pokok tumbang yang berlaku di hadapan rumah tidak menghalang perjalanan. Tadi ada lori dapat lepas lalu hantar barang. Cuma kena berjaga-jagalah sesama jiran sekeliling,” katanya.

Hujan yang sudah berhenti sejak Subuh tadi melegakan Shiera dan dia merancang untuk keluar bagi memantau keadaan sekeliling selain menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan.

“Kejap lagi nak pergi tengok kawasan. Bantu juga mana yang patut untuk mangsa b4njir. Contohnya barang penting seperti lampin pakai buang anak dan makanan,” ujarnya.

Pada masa sama, Shiera dilihat antara sebagai selebriti yang sangat aktif membantu menguar-uarkan pertolongan daripada m4ngsa b4njir yang meminta bantuan daripadanya menerusi media sosial.

Pengacara radio stesen Suria FM itu membantu ramai m4ngsa yang terperangkap di kediaman masing-masing dan masih belum menerima sebarang bantuan dan kerja-kerja menyelamat.

Dia juga turut berkongsi keadaan b4njir burVk yang berlaku di kampungnya, Ulu Dong, Raub sehingga menghanyutkan kedai milik ibu saudaranya.

“Ulu Dong terpVtus bekalan elektrik. Air sangat deras sampaikan peti ais yang berat itu pun hanyVt. Habis licin semuanya.

“Tapi saya sudah beritahu kepada orang kampung, kalau nak tumpang bert3duh di kebun milik saya di situ, silakan. Kita bantu mana yang mampu. Cuma kalau nak ke kebun, kena tempuh sungai yang sudah ditutup ketika ini. Harap urusan mereka dipermudahkan,” ujar Shiera. – K! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Kosmo

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *