
Baru-baru ini, nama pelakon dan pengacara Mira Filzah disebut ramai selepas ada yang mendakwa ternampak ‘baby bump’ di Instagram (IG) miliknya.
Tak akan sor0k
Menurut Mira, desas-desus mengenai kehamilannya bukan satu perkara yang baharu pada dirinya memandangkan sebelum ini pernah timbul.
Bagaimanapun, Mira, 28, berjanji akan berkongsi berita gembira tersebut pada waktu yang tepat.
Setiap pasangan yang kahwin memang nak anak dari awal. Sebelum ini pun ada yang bercerita pasal perkara ini (ham1l) ketika saya memakai baju yang menampakkan bahagian perut saya dari bahagiaan sisi.
Insya-Allah, kalau ada apa-apa perkembangan saya akan beritahu. Saya akan bagitahu, tak akan sor0k. Sampai waktu tepat saya akan umumkan.
Mira ditemui ketika pelancaran telefon bimbit model baharu jenama Vivo V23E di sebuah hotel terkemuka, sebentar tadi.
Tak kecil hati dengan peminat
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman tidak berkecil hati dengan spekulasi yang dibuat daripada peminat mengenai keh4milannya.
Malah, kata pelakon drama Pujaan Hati Kanda, dia sangat memahami keterujaan peminat yang menanti berita tersebut.
Sejujurnya, saya tak ambil hati atau pun marah, sebaliknya saya anggap apa yang dikongsikan itu sebagai satu doa yang baik untuk saya dan Emir. Biasalah peminat mesti berharap terima berita gembira ini.
Terdahulu, Mira dan suami, Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada 3 September tahun lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: OhBulan!
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.