“Tahniah Uwais, Kalau Arwah Ibu Ada, Dia Paling Happy Kan”

Sejak arwah ibunya masih ada, dialah orang yang paling menyokong hobi anak sulungnya, Uwais Al Qarni bermain sukan golf.

Bahkan, Allahyarhamah Siti Sarah ppernah berkongsi anaknya mengikut ayahnya, Shuib dan atuknya, Raissuddin Hamzah ke padang golf. Tidak hairanlah jika skill bermain golf anaknya semakin baik.

Ketika di Langkawi baru-baru ini juga, Uwais tidak melepaskan peluang bermain golf disana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Terbaru, Shuib memuatnaik beberaoa keping gambar yang memaparkan anak sulungnya bersama trofi yang dimenanginya.

Menurut Shuib, ini merupakan penyertaan anaknya yang kedua sejak aktif dalam sukan golf.

Ternyata Uwais berjaya membuktikan kehebatannya apabila dinobatkan sebagai juara bagi tournament kali ini.

Rata-rata warga maya menitipkan ucapan tahniah atas kejayaan Uwais dalam kejohanan tersebut.

 

Sumber: Keluarga

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *