
” Sejujurnya, syarikat produksi kami sedang hadapi msaIah kewangan…”
Itu pengakuan pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil yang memberi bayangan syarikat produksi miliknya, Pena Creative Pictures Sdn Bhd kini berdepan msaIah dalaman.
Terdahulu, Ziela berkongsi pengalaman menerbitkan drama pada sesi Instagram (IG) Live bersama penggiat seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), tahun lalu.
Bgaimanapun, Ziela atau nama sebenar, Norzilah Abdul Jalil tidak mendedahkan secara terperinci dilema dihadapinya itu.
Sementara pada pertemuan bersama insan seni ini, tanpa berselindung Ziela mengakui Pena Creative berdepan kr1sis kewangan.
Stuasi itu, akui Ziela, menyebabkan dia terpaksa berehat seketika daripada menerbitkan drama bersiri yang selama ini menjadi punca pendapatan.
” Buat masa ini, Pena Creative menangguhkan seketika penerbitan drama bersiri. Kami mungkin akan teroka bidang penghasilan program majalah.
” Kami mahu buat kecil-kecilan sahaja. Sejujurnya, syarikat produksi kami sedang hadapi mas4lah kewangan dan perlu menyelesaikan hut4ng sebelum bangkit kembali.
” Buat masa ini, kami sedang memperbetulkan semula pengurusan syarikat. Walaupun terpaksa bermula dari bawah, saya tidak kisah,” katanya kepada BHOnline.
Tak balik modal, rugi RM140 ribu
Ziela turut mengakui kepincangan dalam aspek pentadbiran menyebabkan syarikat berdepan kr1sis kewangan.
” Pernah berlaku kami kerugian akibat kesilapan pengiraan bajet. Ini terjadi ketika kami menghasilkan drama bersiri Ariana Rose pada 2013.
” Sudahlah tidak balik modal, saya rVgi RM140,000 pula atas kesiIapan itu. Bagaimanapun, saya tidak mahu menyalahkan sesiapa atas ins1den itu,” katanya.
Tambah Ziela, masalah kekurangan pelakon yang dihadapi sektor kreatif ketika ini juga menjadi faktor untuk dia menghentikan aktiviti penggambaran.
” Pelakon yang ada terpaksa menghabiskan baki penggambaran drama yang tertangguh akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
” Disebabkan itu, ada pelakon yang terpaksa berkejar ke beberapa lokasi berbeza hingga penggambaran berakhir lewat pagi.
” Daripada saya ‘stress’ disebabkan keadaan itu, lebih baik saya mengalah dan berundur buat seketika dalam menghasilkan drama,” kata ibu kepada tiga cahaya mata dan dua cucu ini.
Ziela ditemui pada majlis pelantikan sebagai duta jenama tudung Fa Collection di Sungai Penchala, di ibu negara, Sabtu lalu.
Yang turut hadir pada majlis menandatangani perjanjian pelantikan itu adalah pengasas Fa Collection, Fadylah Aldin.
Ada artis tanya nasihat hidup bermadu
Sementara itu, Ziela berkongsi, hanya disebabkan pengalaman dua kali hidup bermadu, dia pernah dihubungi rakan artis untuk mendapatkan nasihat mengenai persediaan menjadi isteri kedua.
Ziela mendedahkan antara soalan yang diajukan apakah perlu berterus terang atau merahsiakan status diri kepada umum, jika ditakdirkan hidup bermadu.
” Ada seorang artis ini hubungi saya melalui mesej peribadi dan bertanya secara umum bagaimana dengan kehidupan bermadu. Ketika itu, saya tidak pasti status diri artis terbabit apabila pertanyaan diajukan.
” Nasihat saya, jika benar dia hidup bermadu, dia ada pilihan. Pertama, jika memilih untuk berterus terang, dipersilakan.
” Tetapi jika dia mahu berahsia, terpulang. Berilah alasan apa sahaja tetapi jangan sesekali menafikan perkara itu.
” Saya cuba mengelak daripada menjawab pertanyaan itu, tetapi dengan cara berdiplomasi dan mereka faham. Kita tidak mahu ditvduh meniipu jika suatu hari nanti, rahsia kita diketahui ramai,” katanya.
Pesan pelakon drama sitkom 2+1 ini, mana-mana individu tidak perlu tkut dengan kata-kata ngatif hanya kerana memilih berkongsi suami dengan wanita lain.
” Artis terbabit menyatakan perkara yang paling dirisaukan adalah kec4man ntizen. Saya katakan kepadanya, kalau ada komen ngatif yang ditinggalkan dalam media sosial, padam sahaja dan sekat mereka.
” Ini media sosial kita dan kita berhak untuk buat apa sahaja,” katanya yang pernah membintangi filem Driving School ini.
Kali pertama Ziela atau nama sebenar, Norzilah Abdul Jalil bermadu adalah menerusi perkahwinan dengan bekas menteri Kabinet dan tokoh politik ternama, Allahyrham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub pada 1991.
Mengulas pelantikan sebagai duta koleksi tudung bawal itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini terharu masih diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai duta produk pada usia separuh abad.
” Alhamdulillah, ketika mula ditawarkan menjadi duta mereka, saya seakan-akan tidak percaya. Ini adalah kali pertama saya ditawarkan menjadi duta produk sepanjang menjadi anak seni.
” Lebih membuatkan saya terkejut, bayaran yang diterima cukup lumayan untuk duta yang berusia seperti saya.
” Sebagai penggemar tudung jenis bawal, koleksi yang disediakan sangat cantik.
” Tampak premium tetapi harga yang ditawarkan mampu milik,” katanya yang mengikat kontrak selama setahun bersama jenama itu.
Menarik tentang Ziela
Mula mencipta nama melalui filem Mr Os pada era 1980-an. Pada 2019, Ziela sekali lagi bertemu jodoh dengan Pengerusi Masjid Ibnu Mas’ud, Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar.
Ziela mula menceburi bidang lakonan di bawah pengarah A. R. Badul menerusi filem humor, Mr Os.
Selepas itu beliau turut mendapat bimbingan daripada pengarah terkenal seperti Aziz Sattar (Perawan Malam), Othman Hafsham (Ujang dan Driving School), Z. Lokman (Konstabel Mamat), Rahim Razali (Rentak Desa), Nasir Jani (Rozana Cinta 87), dan Raja Ahmad Alauddin (Kayangan).
Beliau turut berlakon dalam filem-filem Indonesia seperti Tarzan Rimba (bersama Barry Prima), Pancasona, Jurus Dewa Naga dan Pendekar Mata Satu.
Selepas berlakon dalam filem Harry Boy, Ziela telah menubuhkan Production Eleven Sdn Bhd dan kemudiannya Pena Creative Pictures Sdn Bhd untuk menerbitkan drama-drama TV.
Pada 2017, Ziela boleh tersenyum bangga apabila anak sulungnya bersama Allahyrham Tan Sri Megat Junid, Puteri Julia Nabilah, 28, telah bergelar doktor.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber:bharian
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.