Suami Nora Danish Slumber Beb4lkan Orang Sebab Air Minuman Jenama Premium,Sekali Ini Reaksi Netizan

PETALING JAYA – Suami kepada pelakon jelita Nora Danish, Nedim Nazri Aziz menerima kecaman hebat gara-gara mempersoalkan rasa tidak puas hati netizen berhubung isu air minuman jenama premium iaitu Evian yang disajikan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, baru-baru ini.

Menerusi Twitter, Nedim atau nama sebenarnya, Nedim Sujak Nazri Aziz berkata, penyediaan air dalam mesyuarat tidak sepatutnya dijadikan isu.

“Teruk sangat orang bebal sekarang ini, pasal air mineral pun depa (mereka) nak cari ‘point’.

“These type of young generation nak jadi future leader? (Orang-orang generasi muda seperti ini nak jadi pemimpin masa depan?) Mampuih,” ciap Nedim, 39.

CIAPAN Nedim berkaitan isu air mineral Evian yang mengundang kecaman netizen.

Disebabkan ciapan berkenaan, anak kepada Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz itu menerima kecaman bertubi-tubi termasuk ada dalam kalangan netizen yang menyelak sejarah kehidupannya sebelum ini.

“Mestilah bebal. Generasi kami tak dapat rasa macam ini,” ciap seorang netizen berbaur sarkastik seraya menyertakan tangkap layar foto ‘lama’ dirinya sebelum mendirikan rumah tangga dengan Nora Danish.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter mempertahankan tindakan kebanyakan netizen yang mempersoalkan relevansi penggunaan air mineral berjenama premium ketika para pemimpin sedang bermesyuarat untuk menurunkan harga barang.

“Ia dipanggil ‘political optics’. Kau tunjuk kau tengah mesyuarat untuk turunkan harga barang tapi air mineral kau sama harga dengan satu kilogram benda yang kau ‘meeting’ untuk turunkan harga barang,” ciap pengguna Twitter terbabit.

Terdahulu, akaun Twitter rasmi Pejabat Perdana Menteri memuat naik video menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta beberapa anggota lain dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara.

Berdasarkan ciapan, menyuarat memutuskan harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan 20 sen daripada harga siling yang ditetapkan iaitu RM9.10 sekarang kepada RM8.90.

Pun begitu, apa yang menjadi perdebatan dalam kalangan netizen adalah air mineral jenama Evian yang disajikan dalam mesyuarat tersebut yang berharga sekitar RM8 sebotol.

Satu klip video menunjukkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mempengerusikan mesyuarat kos sara hidup secara tidak sengaja menarik perhatian kepada kemewahan yang dinikmati pegawai tinggi kerajaan.

Klip video selama 26 saat itu menunjukkan Ismail mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 31 Jan lalu.

Menurut ciapan di Twitter Ismail, mesyuarat khas tersebut memutuskan harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan 20 sen daripada harga siling yang ditetapkan iaitu RM9.10 kepada RM8.90 sekilogram. Harga berkenaan ditetapkan dari tempoh 5 Feb hingga 5 Jun.

Video tersebut, yang dimuat naik di akaun media sosial Pejabat Perdana Menteri, menunjukkan mereka yang hadir di mesyuarat berkenaan dihidangkan setiap seorang dengan sebotol air Evian 500ml.

Air berkenaan dijual pada harga RM4.50 berdasarkan laman web Jaya Grocer.

Laman web pengeluar air berkenaan menyifatkan produk itu sebagai “air mata air semula jadi mengandungi hanya elektrolit semulajadi dari Pergunungan Alps Perancis” dan dihasilkan oleh syarikat Perancis, Danone.

Sebagai perbandingan, pasar raya yang sama menjual air Spritzer 600ml- dibotolkan di Taiping, Perak – pada harga RM1.25. Dalam erti kata lain, sebotol Evian adalah 3.6 kali lebih mahal.

Video berkenaan mendapat kritikan pedas daripada Endie Shazlie Akhbar, bekas setiausaha akhbar Dr Mahathir Mohamad, di twitter.

“Combined (Gabung) gaji orang yang hadir di mesyuarat ni mencecah RM1 juta sebulan, tapi hasilnya ialah harga siling ayam kurang 20 sen. Yang penting, makanan time mesyuarat kena sedap, video kena gempak,” katanya.

Pengguna Twitter @esKahn pula mempersoalkan mengapa pembayar cukai perlu memberi subsidi air minuman mahal untuk menteri dan kakitangan perkhidmatan awam yang berpangkat tinggi.

Pengguna Twitter @khalidkarim dan aktivis Azrul Mohd Khalid (@azrulmohdkhalib) pula berpendapat, adalah sukar untuk diterima akal bahawa harga sebotol 1.5 liter Evian hampir sama dengan 1kg ayam.

“Ini adalah sesuatu yang saya pelajari hari ini, terima kasih kepada jawatankuasa kos sara hidup kerajaan,” tulis @khalidkarim.

Pengguna Twitter @datmagicalgirl pula mempersoalkan bukan sahaja mengenai kos air minuman berkenaan, malah juga kos menghasilkan klip video itu.

“Jangan lupa kos untuk katering, juruvideo dan penyunting video.

“(Semua ini) hanya untuk mengumumkan penurunan harga ayam sebanyak 20 sen. Saya tertanya-tanya apakah keputusan lain daripada mesyuarat ini,” tulis @datmagicalgirl.

Malaysiakini sedang menghubungi Pejabat Perdana Menteri untuk mendapatkan ulasan.

Kos penternakan ayam meningkat sejak akhir-akhir ini disebabkan peningkatan mendadak kos makanan dan kekurangan buruh.

Penternak ayam bergantung kepada makanan import – terutamanya jagung, kacang soya dan gandum.

Kerajaan sebelum ini membenarkan import ayam bulat sejuk beku bagi membantu menurunkan harga bekalan itu di pasaran negara.

Menurut Jabatan Perangkaan, ayam menjadi komponen terbesar bagi item daging serta sumber protein utama pilihan rakyat Malaysia.

Purata rakyat Malaysia menggunakan 47.4kg daging ayam dan 20.7kg telur pada 2020. Sumber kedua adalah ikan iaitu 19.7kg setiap orang pada 2020.

sumber: mkini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: trendingsangat.pw

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *