
PETALING JAYA – Pelakon Siti Saleha sah berc3rai talak satu dengan suaminya Ahmad Lutfi Azhar dalam satu prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pagi tadi.
“Okey untuk hari ini kami sudah berc3rai secara baik.
“Jodoh kami tidak panjang, sampai di sini saja. Itu sajalah saya nak cakap. Selebih itu saya tak nak ulas apa-apa.
“Kami tak ada persefahaman, itu saja. Terima kasih,” katanya.
Terdahulu, pada 13 Oktober tahun lalu, pelakon drama fenomena 7 Hari Mencintaiku itu mengesahkan dia sudah memfailkan percer4ian terhadap Ahmad Lutfi, 36 selepas dibenarkan mahkamah.
Berita mengenai keretakan rumah tangga mereka mengejutkan ramai pihak apabila Saleha sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai mas4lah peribadi secara terbuka dalam media sosial mahupun bersama media.
Meninjau dalam Instagram, kali terakhir pelakon itu memuat naik gambar dia bersama suami pada 24 Mac tahun lalu.
Hantaran tersebut sempena meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Ahmad Lutfi yang ke-35.
Untuk rekod, Saleha, 32, melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017. Hasil perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata. – K! ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: Kosmo
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.