Siti Nurhaliza Belanja Frontliners Beli Pisang Goreng, Sekali Lain Pulak Yang Netizen Perasan

Sebut sahaja nama Datuk Seri Siti Nurhaliza sememangnya semua mengenali penyanyi nombor satu negara itu. Malah, apa sahaja perkongsian mengenai Siti Nurhaliza pasti akan menjadi perhatian.

Baru-baru ini tular perkongsian video oleh seorang pengguna di TikTok memaparkan Siti memberikan duit belanja kepada petugas barisan hadapan.

Difahamkan, Siti baru sahaja selesai melakukan ujian sw4b test secara pandu lalu. Siti yang menaiki kereta Toyota Velfire warna hitam dilihat mesra menyapa petugas yang bertugas.

Lebih menjadi perhatian, Siti juga turut dilihat menghulurkan beberapa keping wang tunai sebagai duit belanja kepada petugas tersebut.

“Mak Iti belanja, belilah apa-apa, pisang goreng,” kata Siti sambil menghulurkan duit sebelum diterima petugas tersebut.

Pengguna TikTok itu turut memuji Siti sebagai seorang artis yang sangat pemurah kerana setiap kali hadir melakukan ujian calit4n Cov1d-19 pasti akan memberikan wang belanja kepada staf yang bertugas.“Betapa merendah dirinya seorang Siti Nurhaliza. Setiap kali datang mesti belanja kakitangan yang bertugas,” tulisnya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang memuji sikap Siti yang rendah diri dan bukan seorang yang suka menunjuk kemewahan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: ROTIKAYA

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *