Siti Nordiana Ke Kandang S4ksi, Sekali Nama Zoey Pulak Naik?

Nampak k3s melibatkan saman penyanyi Siti Nordiana ke atas lima individu itu atas dakwaan menfitn4h masih belum temui noktahnya. Siti Nordiana atau mesra dipanggil Nana ini akan  memberi keterangan dari kandang s4ksi pada perbicaraan kes saman fitn4h tersebut.

Hakim Mahkamah Sesyen memerintahkan agar perbicaraan penuh dijalankan pada 15 Oktober dan 20 Oktober ini.

Peguambela Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili defendan keempat dan kelima iaitu Sam Musyadzafar Bin Samin (Sam Samin) dan Razidah Binti Ahmad Senusi (Aida G.) menyatakan yang kedua-dua defendan yang diwakili beliau akan mengemukakan tujuh orang s4ksi, termasuk kedua-dua anak guamnya.

“Antara s4ksi yang akan dipanggil semasa perbicaraan ialah Zoey Rahman, pelakon yang pernah dikaitkan dengan Siti Nordiana,” kata Nurul Hafidzah.

Terdahulu, Nurul Hafidzah menyatakan yang pihak plaintif tidak mempunyai asas kes bagi saman fitn4h tersebut kerana tiada sebarang pernyataan fitn4h yang telah dikeluarkan oleh anak-anak guam beliau.

Peguam tersebut juga berpendapat bahawa kes s4man fitn4h yang diambil oleh Siti Nordiana tidak memenuhi semua elemen bagi individu yang ingin mendakwa pihak-pihak yang telah memfitn4h.

“Pada setakat ini, dokumen-dokumen, fakta-fakta yang telah dipersetujui, dan fakta-fakta untuk dibicara telahpun difailkan. Kami belum menerima senarai s4ksi dari Siti Nordiana dan mungkin akan dibekalkan pada hujung minggu ini,” tambah Nurul Hafidzah.

Siti Nordiana adalah s4ksi plaintif yang pertama dan akan masuk ke kandang saksi pada hari pertama dan kedua perbicaraan. Penyanyi tersebut akan melalui pemeriksaan balas oleh peguam defendan bermula dari hari perbicaraan pertama.

Ketua pasukan pembelaan bagi defendan keempat dan kelima tersebut juga berkata yang Siti Nordiana akan berada dalam kandang saksi sepanjang masa beliau diperiksa balas dan diperiksa semula dalam memberikan keterangan beliau kerana beberapa bukti penting akan turut dikemukakan sebagai keterangan yang bakal dikemukakan kepada mahkamah.

Sebelum ini media melaporkan yang bicara sam4n fitn4h tersebut akan bermula pada 29 September tetapi ianya telah ditangguhkan ke bulan ini kerana tarikh tersebut bertindih dengan pendengaran kes sivil Abu Syafiq di Kuantan.

 

Sumber:Murai.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *