
Antara kumpulan lawak yang disukai ramai iaitu Zero memang jarang tidak menghiburkan penonton rancangan lawak apabila mereka membuat persembahan.
Dianggotai tiga pelawak yang masing-masing mempunyai bakat tersendiri, Atu, Syaiful dan Sharif merupakan kumpulan yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum.
Terbaharu salah seorang anggota kumpulan Zero hangat dibualkan oleh netizen menerusi aplikasi, TikTok apabila Atu ketika terlibat dengan perlawanan bola sepak membuatkan seorang individu di aplikasi tersebut mendedahkan sikap humble pelawak berkenaan.
Nampaknya selepas beberapa orang selebriti menerima pujian ramai kerana sikap humble mereka terhadap peminat, ternyata Atu juga viral dengan hangat dibualkan netizen berikutan menyukai perangai humble dirinya meskipun kini sangat popular.
Menerusi dua rakaman yang dimuat naik ini, individu yang berkongsikan hal itu kepada umum turut memberikan pujian dengan sikap Atu yang juga menghiburkan dengan perangai lucunya.
Walau bagaimanapun, warganet turut berkongsikan pandangan positif mereka terhadap pelawak berkenaan dengan memberikan pujian selepas melihat begitu peramah dia terhadap peminat.
“Dari awal kemunculan adik beradik dia, aku paling minat dia…”
“…dia dah senang masih lagi tetap sama tak sombong. Yang lagi dua orang tu pun baik…”
“Atu ni sporting betul, suka tengok lawak dia”
Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Sumber: HCL
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.