
Selepas terpalit dengan kontr0versi video mengaib.kan aktres Raja Farah, pelawak dan pengacara Shuk Sahar terus-menerus menjadi tumpuan ramai. Kali ini, Shuk didakwa ‘menggatal’ dengan seorang wanita yang menjadi tetamu jemputan ketika hadir ke konti radio pada tahun 2020.
Langsung tak kenal
Enggan mendiamkan diri, Shuk tampil berkomunikasi dengan wanita terbabit yang dikenali dengan nama Ayu Aziz. Menerusi akaun Instagram, Shuk menghantar kiriman mesej (DM) meminta penjelasan daripada wanita itu berkenaan dakwaan yang dilemparkan.
Pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar turut menafi dia mengenali dan pernah menemu bual wanita tersebut seperti yang didakwa.
Salam. Maaf ya ada terbaca Twitter awak kata saya pernah flirt double meaning dengan awak. Bila tu ya sebab setahu saya sepanjang saya di radio saya tak pernah interview awak.
Sebab memang saya langsung tak kenal awak. Saya berborak dengan awak pun tak. Kalau betul, apa double meaning yang saya cakap pada awak. Saya bukan la sebarang orang nak bergurau macam tu. Isu Jamil twitter? Saya tak ingat pun saya bergurau dengan awak.
Kalau awak nak judge saya berdasarkan isu rumah 107, saya rasa awak tak tau apa pun yang jadi sebenarnya.
”I masih tengah download video i”
”Tapi ni turn adik i main game untuk game section dia.”
”Just, watch & judge by yourself.”
”Shuib pun bagi warning gurau halus je kat adik i “kalau boleh jangan kenal dia” dakwa gadis berkenaan
Lagipun, i percaya. Not only me yang kena.
Ramai je yang kena. Samada nak mengaku atau tak je. Samada sedar atau tak je.
— Ayu Aziz (@ayuazizz) October 24, 2021
Tunggu surat saman
Dalam pada itu, pelakon filem Adnan Sempit 2 menegaskan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan ‘panas’ itu .
Takpe la awak. Dalam keadaan sekarang, memang yang akan nampak teruk saya. Macam ini la kalau saya benda ini fitnah atas saya, saya akan guna cara legal. Awak tunggu ja la surat saman dari saya.
Saya tak tahu apa niat awak. Allah saja yang tahu kan.
Di bawah ini disertakan sekali tangkapan skrin (screenshot) perbualan antara Shuk dan Ayu Aziz:
Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai video pelakon Fauzi Nawawi bercerita mengenai lakonan aksi r0g0l sehingga mengundang kem4rahan dan kec4man netizen.
Namun, bukan sahaja Fauzi, malah pengacara rancangan tersebut iaitu Shuk Sahar turut dikecam t3ruk oleh netizen berikutan dialognya seolah mahu Fauzi menjelaskan lebih terperinci mengenai babak berkenaan.
Susulan tindakannya itu, ada segelintir netizen mahu pengacara itu diboikot apatah lagi sering sahaja mencetuskan kontr0versi.Malah, netizen turut kesal apabila Shuk boleh berlawak tentang perkara itu tanpa memikirkan perasaan keluarga pelakon wanita tersebut.
Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang netizen berkongsikan kisah mengenai perangai Shuk dengan mendakwa pelawak itu cuba untuk ‘double meaning’ ketika pertemuan mereka di stesen radio tahun lalu.
Sumber: Twitter @ayuazizz