Sharnaaz Ahmad Tak Tolak Jodoh Dengan Shila Amzah

Diusik oleh netizen untuk kembali bercinta dengan Shila Amzah selepas memberi sokongan secara terbuka kepada penyanyi itu, Sharnaaz Ahmad berkata dia menyedari tentang perkara itu.

Memetik Utusan Online, Sharnaaz berkata dia tidak mampu menghalang peminat untuk mendoakan tentang jodohnya namun dia percaya semua itu di tangan Allah.

“Orang mendoakan yang baik, bukannya tak baik. Jadi kita terima sajalah. Tapi, yang nak tentukan itu adalah Allah SWT. Tapi terima kasih atas doa-doa yang baik itu.

“Cuma, kita tak boleh ramal apa akan jadi pada masa depan.Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, nak buat macam mana? Saya akan ‘keep my windows open’(terbuka) kepada sesiapa sahaja. Saya tak berani nak janjikan apa-apa. Saya tak akan mengatakan tidak atau mengatakan ya. Serah pada Dia,” katanya.

Sharnaaz juga mempunyai jawapan sendiri apabila ditanya mengenai kesediaannya untuk berbaik semula dengan keluarga Shila.

“Tak tahulah. Kalau nak berd3ndam pun dah tua sangat dah kot,” katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz mengakui ada berhubung dengan Shila menerusi selepas penyanyi itu berpisah dengan suaminya Februari lalu untuk memberikan kata-kata semangat.

“Terus-terang, kami ada saling mesej. Dia melalui fasa yang pernah saya alami, perceraian. Mungkin sesekali dia nak dapatkan pendapat dan kami berbual. Sebenarnya, daripada dulu kami tak pernah bermusuh.

“Saya cuma ada isu dengan ibu bapa dia saja, waktu itu. Tapi bagi saya, dah lama sangat dah. Nak berdendam pun untuk apa? Kami ada berbual dan dia ada bertanyakan bagaimana saya lalui pengalaman dulu sewaktu g4gal dalam alam rumah tangga.

“Bagi saya, orang akan selalu bercakap dan hanya kita sahaja yang tahu diri sendiri. Hanya kita sahaja yang boleh buat diri sendiri bahagia. Nak bunuh semua kata-kata nista orang itu, buktikan dengan kejayaan,”katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: ROTIKAYA

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *