“Shah Iskandar Meningg4l Dunia?!” – Shah Iskandar terkejut tonton video berita kem4tian sendiri di TikTok

PENYEBARAN video di aplikasi TikTok mendakwa Shah Iskandar sudah meningg4l dunia mengejutkan aktor tersebut.

Gara-gara berita palsu itu, Shah, 40, berkata dia dihujani banyak pertanyaan daripada teman-teman yang mahu mendapatkan kesahihan mengenai video berkenaan.

“Semasa itu saya sedang menjalani penggambaran, terkejut apabila ramai orang bertanya mengenai video berkenaan.

“Saya cari video itu di aplikasi TikTok, rasanya orang yang meninggal dalam berita tu nama dia Shah Iskandar juga tapi individu yang buat video berkenaan pakai gambar saya.

“Saya pun tak pasti cerita sebenar… apa-apa pun Alhamdulillah saya masih hidup lagi,” katanya kepada mStar.

Perkongsian Shah Iskandar di TikTok.

Sebelum itu menerusi Instagram, Shah menafikan dakwaan kononnya dia sudah meningg4l dunia seperti dalam rakaman video tular di TikTok.

“Kepada yang cuba buat video viral saya meningg4l kerana kem4langan kereta atau motor, tak apa saya maafkan.

Saya pun tak faham kenapa mereka buat begini tapi tak apa saya dah maafkan orang tu

SHAH ISKANDAR

PELAKON

“Mungkin lain kali check dulu betul ke tak sebelum nak letak di TikTok ya sebab macam inilah reaksi saya masa tengok video tu… tergosok-gosok mata tau,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, pelakon drama Jangan Ganggu Jodohku ini meminta individu berkenaan menyemak dahulu kesahihan berita sebelum menyebarkan kepada umum.

Shah Iskandar terkejut tonton video berita kem4tiannya di TikTok.

“Tak baguslah macam ni, tak selidik dahulu tapi pakai main post kat TikTok, sekarang ni mereka nak content sanggup buat apa sahaja.

“Saya pun tak faham kenapa mereka buat begini tapi tak apa saya dah maafkan orang tu,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *