‘Setiap Bulan Menghitung Hari Untuk H4mil’ Sekali Nabila Huda Tak Kisah Untuk H4mil Lagi

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara, Nabila Huda sekali lagi menyuarakan keinginannya untuk menambah ahli keluarga baharu pada sambutan ulang tahun kelahirannya, 2 Disember lalu.

Biarpun telah dua kali me­ngalami kegugvran, namun Nabila atau mesra disapa Abil tetap bersemangat dan berusaha keras agar hasratnya untuk
menimang cahaya mata tercapai.

Luah Abil, keinginannya itu seiring dengan peningkatan usianya yang telah memasuki 37 tahun dan dia memohon peminat supaya mendoakannya agar dipermudahkan untuk menimang cahaya mata.

“Saya harap semua orang dapat doakan saya menimang zvriat. Saya betul-betul nak ada anak lagi. Harap semua dapat doakan saya,” luahnya sebak.

Pelakon filem Munafik itu sebelum ini dilaporkan telah dua kali mengalami kegugvran iaitu pada April 2019 dan Oktober 2020.

Bagaimanapun, usahanya belum membuahkan hasil walaupun setiap bulan menghitung hari dan berharap dikurniakan rezeki untuk h4mil lagi.

Ujar Nabila, dia beranggapan bahawa kesukarannya untuk kembali ham1l berkemungkinan disebabkan faktor tidak menjalani rutin berpantang seperti biasa sewaktu mengalami kegugvran sebelum ini.

Pada masa sama, pada sambutan hari kelahirannya, anak kepada penyanyi legenda Amy Search itu juga berharap supaya dia dapat menjadi seorang wa­nita yang lebih baik berbanding sebelum ini, sesuai dengan peningkatan usianya.

Nabila mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Mohd. Izwan Johar pada Disember 2015.

Sementara itu, menerusi perkahwinan pertama, dia dikurniakan seorang anak pe­rempuan Keisha Laila yang kini berumur 11 tahun.

 

Sumber: Kosmo!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *