Sering Bawa Fesyen PeIik, Peminat Bersuara lsu Baju Aina Abdul.. Ini Permintaan Peminat Kepada Beliau

Penyanyi Aina Abdul dan fesyen tidak boleh dipisahkan. Sering tampil dengan fesyen luar biasa, Aina menjadi sorotan ramai orang terutama di majlis besar antaranya ketika Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 (SFMM36), baru-baru ini.

Baju tarik perhatian lagi

Selepas menampilkan imej seperti ‘comforter’, ‘winter coat’ dan ‘igloo’, Aina, 29, mencuri perhatian lagi pada malam kedua SFMM36.

Aina yang mempertaruhkan lagu Nafas Cinta duet bersama Khai Bahar itu mengenakan busana rekaan pereka fesyen Melinda Looi.

Fesyen ‘couture’ yang menggunakan lima warna itu mendapat pelbagai reaksi netizen.

Tolong jangan pelik lagi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Biarpun rata-rata netizen memberi pujian buat pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani, namun ada juga segelintir yang menyuarakan perasaan kurang senang hati.

Merasakan makin hari makin aneh dengan fesyen pelantun Sumpah, peminat menginginkan penampilan yang tidak keterlaluan.

Good luck Aina sayang. Tolong nanti jangan la pelik sangat baju. Biar nampak macam pengantin untuk lagu Nafas Cinta,” kata pengguna @justmeeiqa.

Saya tidak boleh dengan pakaian awak. Kenapa Aina? Persembahan seperti biasa, memukau!” kata @muthannahani.

Aina, awak boleh buat lebih baik. Saya tak ada isu dengan fesyen tapi kalau memberi kesan kepada persembahan awak sebab tak selesa, tak mau la,” @jiashima.

Selepas ini kalau nak buat baju pelik-pelik pastikan senang nak jalan. Selalu support awak walaupun pakai baju compang camping asalkan tak susah nak jalan, nak pegang mikrofon,” @fizasnha.

Dalam pada itu, pengguna media sosial turut mengucapkan tahniah kepada anak jati kelahiran Negeri Sembilan itu selepas layak membawa dua buah lagu ke Anugerah Juara Lagu ke-36.

Sumber: Instagram @ainaabdul

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: OhBulan!

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *