
Genap 100 hari pemergian Allahyarham Siti Sarah, baru-baru ini Shuib Sepahtu telah mengadakan mengadakan majlis tahlil dan juga akikah untuk anak bongsu mereka, Ayyash Affan.
Lebih sebak, pada hari tersebut pihak keluarga memasang batu nisan di pusara Allahy4rham. Pelakon veteran, Raisuddin Hamzah berkata sepatutnya anak yang meletakkan batu ke pusara bapa, namun sebaliknya berlaku.
“Pada sebelah pagi saya ke kubur pasangkan batu nisan untuk dia. Ketika nak pasang tu saya tengok nama pada batu… masa tu saya rasa terkedu mengenangkan dia dah tak ada. Batu nisan ni untuk dia, sepatutnya dia yang pasangkan batu nisan saya,” katanya.
Raisuddin berkata dia menerima ketentuan Allah dan kini hanya kenangan sahaja yang tinggal. Raisuddin turut meluahkan rasa syukur cucunya, Uwais mirip wajah arw4h dapat juga melepaskan rindu pada Sarah.
“Saya bertuah anak Sarah pertama, Uwais, memang mirip dia, bezanya Uwais lelaki, Sarah perempuan. Uwais sampai sekarang tidur dekat ketiak saya lagi. Perangai pun sama dengan Sarah. Dekat situ saya lepaskan rasa kerinduan Sarah,” katanya.
Sumber:ROTIKAYA
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.