
SELEPAS lama tidak mendengar khabar tentang pelakon Shakilla Khoriri, tiba-tiba namanya menjadi perhatian umum minggu ini.
Perpis4han pasangan selebriti itu ternyata meng3jutkan ramai pihak selepas Fizi mengesahkan mahligai dibinanya baru berusia tiga tahun bersama Shakilla sudah ‘berk3cai’.
Kata Fizi atau nama sebenarnya, Hafizudin Alimudin, 32, hubungannya dengan Shakilla sudah berakhir dan kini mereka membawa haluan masing-masing.
Meskipun sudah berpisah, mereka sepakat membesarkan anak, Nurul Ameena Sofia, 2, bersama-sama.
Bertanggungjawab menjadi ibu dan bapa terbaik, pasangan itu memastikan anak kesayangan mereka mendapat kasih sayang secukupnya.
Walaupun mahligai bahagia yang dibina atas dasar cinta tidak bertahan sehingga ke akhir hayat, Shakilla tetap optimis untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
Malah, pelakon drama Selamat Malam Tan Sri itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kebaikan buat dirinya, bekas suami serta anak mereka.
Tumpuan ramai terhadap kisah perceraian mereka bagaimanapun dic3mari dengan spekulasi tidak berasas daripada netizen.
Dalam media sosial, ada yang mendakwa keruntVhan mahligai mereka terjadi kerana Fizi tidak mahu membantu isterinya melakukan kerja-kerja rumah.
Benarkah dakwaan tersebut? Shakilla seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal hiburan baru-baru ini bagaimanapun menafikannya.
Kata pelakon berusia 32 tahun itu, dia langsung tidak pernah mengeluarkan kenyataan tentang punca perc3raiannya dengan bek4s suami seperti yang ‘dicanang’ seorang pengguna Facebook.
FIZI dan Shakilla memberi janji, perpis4han yang berlaku antara mereka tidak akan membuatkan kebajikan dan kasih sayang buat anak kesayangan, Ameena Sofia terabai.
Namun ujarnya, sepanjang dia masih bergelar isteri kepada Fizi, bekas suaminya itu banyak membantu melakukan kerja-kerja rumah termasuk menjaga anak mereka, Ameena.
Beberapa hari selepas berita perpis4han mereka terpampang dalam media, Fizi tampil mengeluarkan kenyataan secara siaran langsung ketika bertugas di konti.
Kata lelaki itu, sejujurnya dia masih lagi sayangkan Shakilla sebagai seorang isteri. Malah wanita itu adalah segala-galanya bagi dirinya.
“Siapa yang mahukan perpis4han? Tiada siapa pun manusia di muka bumi ini yang mahukan perpisahan dalam hidup mereka.
“Saya sendiri pun tidak meminta perkara ini (perceraian) berlaku,” katanya.
Luah Fizi lagi, selepas mereka disahkan berc3rai, dia begitu terasa kehil4ngan kerana masih ada rasa sayang.
“Bila perkara ini terjadi (perpisahan), kita akan rasa kehil4ngan. Sejujurnya saya masih lagi sayangkan bekas isteri saya.
“Dialah segala-galanya untuk saya. Kami berkenalan hampir lapan tahun termasuk menjalani kehidupan bersama sebagai suami isteri,” luah Fizi.
Sejak mengahwini Shakilla, wanita itu telah banyak mengubah dirinya menjadi lebih baik serta melakukan pelbagai lagi perkara yang indah-indah untuk dirinya.
“Saya minta doa daripada orang ramai agar kami kuat untuk menempuhi perpisahan ini.
“Saya sebenarnya tidak tahu bagaimana cara untuk memberitahu anak kami bahawa ibu bapanya sudah berpisah,” luah Fizi berendam emosi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: Kosmo!
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.