
Kuala Lumpur: Pelakon, Balkisyh Semundur Khan yang menjalani kehidupan jarak jauh dengan suami, Mohd Nazri Zakaria yang bekerja di Johor Bahru sejak berkahwin pada Disember tahun lalu kini ham1l tujuh bulan.
Balkisyh berkata, kerinduan pada suami semakin bertambah sepanjang tempoh keh4milan.
“Selepas bernikah kami jalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri jarak jauh. Dia bertugas di Johor Bahru,manakala saya pula di sini. Suami yang paling gembira. Begitu juga dengan ahli keluarganya sebab bakal sambut cucu pertama.
“Sejak hamil, kalau boleh mahu dia sentiasa ada dengan saya. Rindu bau dia dan sekarang makin suka tatap wajahnya. Setiap bulan suami akan pulang tengok dan selebihnya kerap lakukan panggilan video. Kerjayanya sebagai petugas barisan hadapan memerlukan dia untuk beri komitmen yang penuh.
“Syukur, dia berjaya imbangkan soal kerja dan keluarga. Suami menjalankan tanggungjawab sebagai keluarga dengan baik,” katanya.
Berkongsi mengenai keh4milannya, Balkisyh berkata, dia mengalami alahan teruk pada trimester pertama, namun kini beransur pulih.
“Saya memang mempunyai asma, jadi apabila tiba-tiba rasa kurang sihat, saya ke klinik untuk buat pemeriksaan. Jadi selepas doktor beritahu status kesihatan, dia ucap tahniah dan maklumkan kandungan sudah cecah sebulan.
“Macam-macam perasaan yang timbul sejurus dapat tahu. Alhamdulillah, doakan moga semua dipermudahkan. Apa pun saya bersyukur kerana ahli keluarga suami turut menerima saya seadanya walaupun saya sudah mempunyai anak hasil perkahwinan terdahulu. Malah, mentua pun layan kami dengan baik. Itulah namanya rezeki Allah nak bagi, alhamdulillah,” katanya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini ditemui di majlis ‘Meet & Greet’ pelakon Putra Amaris bersama Anak Yatim, Tahfiz dan pes4kit kans3r yang dibawakan Safelyte di Wangsa Walk Mall, semalam.
Balkisyh dan suami berkahwin pada 26 Disember tahun lalu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Balkisyh sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 2007 dan berc3rai pada 5 September 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qalesya dan Muhamad Nor Qaisyh Khan.
Sumber:HM
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.