“Saya Tak Cakap Nak Lelaki Gentleman Yang Kena Buka Pintu Kereta…”

Kini bergelar ibu tvnggal kepada dua cahaya mata, selebriti media sosial terkenal, King Coco idamkan lelaki yang gentleman serta bukan dikalangan mereka yang berpangkat.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai ciri lelaki gentleman yang diiamkannya itu, Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail berkata dia senang dengan lelaki yang tahu menghargai wanita.

“Saya tak adalah cakap suka lelaki gentleman yang sampai kena buka pintu kereta atau setiap kali jumpa kena bagi bunga atau tarik kerusi..

“Tapi the thing is, lelaki gentleman ni, I suka yang jenis hormat perempuan macam tahu batas di antara dia dan teman wanitanya, tahu bagaimana menghargai mereka. I tak tahulah, still tak jumpa lelaki yang macam tu. I dah jumpalah, cuma yeaa…,” katanya.

Terdahulu King Coco mendirikan rumah tangga dengan bekas juruterbang, Azrin Anas Abdul Shukor pada 1 Januari 2017. Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

 

Sumber:Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *