
Menerusi satu perkongsian di Twitter, pelakon Uyaina Arshad mend3dahkan pernah diminta berlakon ‘minum’ di kelab malam semata-mata untuk meraih populariti kerana dirinya kurang popular.
Uyaina berkongsikan pengalamannya itu selepas tular mengenai isu pelakon dipilih berdasarkan jumlah pengikut berjuta dan populariti.
In the industry for 12 yrs & I’ve gotten these :
– u sorang je hafal script & bagus audition tp u takde rupa
– followers you tak byk mcm (X) Sbb tu dia dapat payment lebih (walaupun (X) buat kerja lg sikit & baca je script)
– nk naik u kena gedik sikit https://t.co/H3ugbd6CsY— Hani Fadzil (@hanybunch) November 26, 2021
“Saya juga pernah kena teruk sebelum ini. ‘Uyaina, awak tak popular, perlu ada gosip liar. Apa kata awak pergi ke kel4b malam dan pegang saja gelas kemudian berlakon sedang ‘minum’. Kemudian kita rekod atau ambil gambar, pasti nama awak terkenal selepas itu,” tulisnya.
Kata Uyaina lagi, meskipun perkara itu sudah empat tahun berlalu namun ianya masih segar lagi dalam ingatannya.
Bagaimanapun, Uyaina tidak mend3dahkan sama ada individu yang memintanya melakukan hal tersebut daripada pihak stesen televisyen atau syarikat produksi.
Beberapa hari lalu tular apabila pelakon Nam Ron memuat naik tangkap layar syarat yang didakwa daripada sebuah syarikat penyiaran mengenai pemilihan pelakon berdasarkan jumlah pengikut media sosial.
Sumber: Kosmo!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.