“Saya Minta Maaf Jika Ada Yang Kec3wa…”

Berita perkahwinan penyanyi Haqiem Rusli dengan Anis Sofea ternyata membuatkan ramai peminat wanita diluar sana patah hati dan k3cewa.

Sedar tentang perkara itu, Haqiem berkata ianya perkara biasa yang harus dihadapinya sebagai seorang selebriti serta memohon maaf jika ada yang kec3wa.

“Daripada apa yang saya baca, saya boleh rumuskan 80 peratus daripada jumlah peminat tidak rasa kec3wa, manakala hanya 20 peratus sahaja yang patah hati tetapi sebenarnya mereka sangat matang.

“Buktinya kelab peminat saya Qiemillio mengadakan doa selamat secara virtual sempena majlis perkahwinan saya. Itu sekali gus membuktikan mereka matang walaupun patah hati. Apa pun saya minta maaf jika ada yang k3cewa selepas bertukar status sebagai suami orang,” katanya.

Dalam pada itu, Haqiem turut berharap peminatnya tidak terus kec3wa serta menerima berita perkahwinannya itu dengan hati yang terbuka.

“Sudah lumrah manusia, semua punya naluri nak hidup berpasangan, begitu juga saya. Mereka (peminat) juga akan berkahwin, jangan ris4u nanti saya pula yang hadir pada majlis mereka,” katanya.

 

Sumber: ROTIKAYA

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *