“Saya Kenal Kulit Iqbal Putih Macam Mana” Dato Vida Dedah Apa Yang Dia Nampak Masa Terjah Rumah Iqbal Pukul 3 Pagi

JUTAWAN kosmetik popular, Datuk Seri Vida (DSV) mendedahkan dirinya melakukan solat sunat Tahajud sebelum menggagahkan diri ke kediaman bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli seawal pukul 3 pagi.

Jelas DSV atau turut dikenali sebagai Vida, 49, kehadirannya secara mengejut di kediaman pemuda berusia 27 tahun itu bagi menyedarkan dirinya bahawa telah disi.hir.

“Saya bukan nak menunggang agama pergi jumpa jantan pukul 3 pagi. Tapi apa saya nak cakap saya kena buat solat Tahajud dulu, saya kena minta doa dari Tuhan adakah aku patut pergi.

“Kalau aku tak patut pergi, Kau putarkan aku pergi tempat lain atau tak jadikan aku pergi ke sana, atau mengantuk.

“Maka lepas buat tu, saya pergi atas sebab si Iqbal dah kena si.hir, kau takkan rasa s4kit. Orang takkan percaya. Saya mengenali Iqbal selama tujuh tahun dia bukan orang macam ni.

“Tengok mata hitam, kulit dah tak putih lagi, dah jadi kelabu asap. Saya kenal kulit Iqbal putih macam mana,” tegasnya menerusi sesi siaran langsung di Instagram pada Ahad.

Kata Vida lagi, dia tidak terus menyerbu masuk ke kediaman Iqbal sebaliknya, pembantu peribadinya, Dila masuk ke rumah terbabit 30 minit lebih awal kerana perlu menggunakan tandas secara kecemasan.

“Ketika di sana Dila (pembantu peribadi) masuk 30 minit barulah saya masuk. Nasib baik Dila nak buang air besar, dia gegar rumah orang tu sampai nak runtuh.

“Saya jumpa dua pengawal keselamatan, seandainya tidak diizinkan Tuhan mereka dah halau saya balik.

“Walau aku DSV, aku rendahkan martabat, runtuhkan maruah aku, menjatuhkan nama aku mencari jantan muda waktu 3 pagi. Adakah kau DSV yang namanya di atas sana, melutut mencari jantan umur 27 tahun bekas PA aku!” tambahnya.

Selain itu, Vida yakin bahawa Iqbal kini telah disi.hir tanpa sedar dengan niat sebagai perantara untuk menjatuhkan perniagaannya.

“Dia sayang saya, anak-anak saya tiba-tiba jadi benci. Okey tak apa fine, close the story. Saya banyak berdiam diri tapi saya tahu you dah kena sihi.r oleh mereka yang nak menjahanamkan bisnes aku, mereka dengkikan aku, guna Iqbal untuk menjatuhkan aku dan maruah aku.

“Si Iqbal ini adalah orang perantaraan yang dihantar sih.ir untuk menghancurkan kebahagiaan aku. Kita ada bukti tapi saya tak mahu cakap namanya, biar Tuhan balas!

“Yang sembahyang, pergi Mekah, tunjuk alim, buat orang disebabkan hasad dengki melihat kekayaan aku.

“Kalau tak nak kat saya, tak kisah. Saya pun ada harga diri, tapi saya nak selamatkan dia daripada dipergunakan orang lain yang dengki dan s4kit hati saya. Aku hanya nak kejar kaya akhirat,” dedah Vida lagi sambil memaafkan perbuatan khurafat individu berkenaan.
Kata Vida lagi, seorang ustaz telah menjalankan rawatan perubatan secara Islam dan menemui pelbagai bahan kotor dalam telur ayam kampung selepas selesai proses tersebut baru-baru ini.

Sabtu lalu, kehadiran Vida ke kediaman Iqbal mendapat perhatian ramai hingga mencetuskan kata-kata negatif terhadap pelantun lagu I Am Me itu.

Dalam pertemuan itu, Vida difahamkan telah menghadiahkan sebentuk cincin bertatahkan permata tanzanite yang dipercayai bernilai lebih mahal daripada permata.

Batu permata berwarna biru itu hanya boleh ditemui berhampiran Gunung Kilimanjaro, Tanzania, Afrika.

Ia dipercayai boleh menyembuhkan tubuh secara dalaman dan memberi keseimbangan tenaga dalam badan.

‘Dia untung dpt trafik, kita dapat apa? 0tak makin layu..’ – Giliran bekas penyampai berita bersuara

” Takkan mentaliti kita tahap itu saja?”

Demikian respon penyampai radio Buletin FM, Izwan Azir Saleh yang berharap orang ramai yang terhibur dengan cerita ‘sampah’ dibawakan Datuk Seri Vida dan Ahmad Iqbal Zulkefli supaya berhenti mengambil tahu mengenai kisah peribadi mereka.

Izwan menyifatkan cerita yang disensasikan mereka tidak memberi manfaat sebaliknya merosakkan fikiran orang ramai.

” Kepada yang mudah terhibur dengan cerita ‘sampah’ dua manusia itu, ketahuilah mereka kahwin atau tidak, dia buat lagu dengan Caprice atau Floor 88, mereka tidak letak nasi dalam pinggan kita.

” Mereka juga tidak bayar hutang bank kita. Dia untung dapat trafik (liputan), kita dapat apa? Otak makin layu,” tulisnya dalam satu ciapan di Twitter, baru-baru ini.

Menurut Izwan, dia juga menyeru agar pihak media berhenti mengangkat drama membabitkan Vida dan Iqbal yang seakan tidak berkesudahan.

” Saya minta sangat kepada media-media tertentu supaya hentikan drama Iqbal dan Vida ini.

” Drama begitu zaman kita menonton Opah atau Pi Mai Pi Mai Tang Tu dulu bolehlah. Ini dah tahun 2021. Takkan mentaliti kita tahap itu saja?

” Saya tahu ada faktor pembelian ruang berita oleh golongan berada ini supaya cerita begini dijual dan dijaja.

” Duit mereka lebih penting atau bentuk pemikiran anak bangsa kita pada masa depan yang lebih penting?,” tulisnya.

Terdahulu, kisah tarik tali antara usahawan kosmetik sensasi Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli masih belum menemui titik noktah apabila isu antara mereka semakin meleret sejak beberapa hari lalu.

Semuanya gara-gara tindakan Vida yang datang ke kediaman Iqbal pada pukul 3 pagi untuk menghantar sebentuk cincin kepada lelaki itu.

Vida kemudian tampil mempertahankan diri dengan menjelaskan tujuan sebenar dia datang bertemu Iqbal hanyalah untuk menyelamatkan Iqbal yang sudah disihir.

Selepas memuat naik video penjelasan beberapa jam lalu menerusi Instagramnya, perkongsian Vida menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak dapat menahan ‘muak’ gara-gara rentetan isu tersebut yang belum berkesudahan.

Ruangan komen dibanjiri reaksi daripada netizen yang meminta usahawan itu berhenti memanjangkan isu berkenaan memandangkan Iqbal sendiri sudah menjelaskan bahawa dia tidak disihir, sebaliknya cuma penat.

Selain netizen, isu berkenaan turut mendapat perhatian ahli perniagaan Engku Emran yang meninggalkan komen gurauan sinis agar platform penstriman Netflix menawarkan usahawan itu untuk menerbitkan kisah hidupnya.

” Saya harap satu hari nanti Netflix akan tawarkan untuk buat kisah sebenar tentang hidup Datuk Seri yang penuh dengan komedi.

” Banyak pahala Datuk Seri menghiburkan kami selama ini. Saya doakan Allah permudahkan segala urusan,” tulis suami kepada kakak Neelofa, Noor Nabila itu.

Komen Engku Emran menerima lebih 150 tanda suka daripada netizen yang tidak menyangka lelaki itu juga mengikuti perkembangan kisah antara Vida dan Iqbal.

Tidak ketinggalan, pelakon Nad Zainal turut mencuit hati netizen apabila meninggalkan komen berbaur lucu.

” Datuk Seri, Facetime dan panggilan video kan ada?” soalnya ringkas.

Terdahulu, Vida dan Iqbal merancang mendirikan rumah tangga pada Disember akan datang tetapi berdepan pelbagai konflik seperti tidak mendapat restu kedua-dua anak Vida dan sebagainya.

Tidak setakat itu, Iqbal turut memberitahu hatinya sudah tawar dan telah membatalkan tempahan hotel untuk hari bahagianya bersama Vida.

Sumber:hmetr0 dan k0smo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *