
Kuala Lumpur: “Tiada istilah serik, kalau ada jodoh untuk berkahwin esok, maka esok jugalah saya kahwin. Jadi tidak wujud perkataan tr4uma atau apa, sebaliknya saya masih mencari.”
Itu kata penyanyi, Adam apabila diminta mengulas mengenai soal jodoh selepas bergelar duda sejak tahun 2016.
Adam yang kini dikenali sebagai Pengiran Adam berkata, dia menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah SWT.
“Aj4l, m4ut dan jodoh semuanya terletak di tangan Allah SWT. Jadi saya sendiri tidak mempunyai jawapan untuk persoalan itu. Ada yang saya berkenan namun dia tidak minat saya pula,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Adam, dia masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isterinya, Fiza Halim.
“Saya masih berhubung dengan bek4s isteri yang mana kami saling bertanya khabar. Cuma ketika dia berkahwin itu, kami berhenti berkomunikasi kerana tidak manis memandangkan dia sudah menjadi isteri orang.
“Ada sesekali komunikasi, kami akan berkongsi rasa dan bertanya khabar. Malah, anak dia pun pernah menjadi anak saya juga suatu ketika dahulu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program realiti TV AlHijrah di sini, semalam.
Terdahul, Adam berkahwin dengan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 39, pada September 2013 dan berc3rai pada April 2014. Namun rujuk pada tahun yang sama.
Kemudian, pada 28 Disember 2015 pasangan ini berc3rai kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.
Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sumber: HM
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.