“Sakit Hanya Satu Peratus Sahaja” Ini Yg Berlaku Kepada Kaki Nabila Razali Gara-gara Ters4ndung

Sudah menjadi kebiasaan sesetengah selebriti terutamnya penyanyi apabila menjadi artis yang akan memeriahkan sesuatu majlis sambutan ambang tahun baru baik secara terbuka mahupun acara tertutup.

Hal ini samalah seperti yang dilakukan penyanyi wanita, Nabila Razali apabila menjadi selebriti jemputan untuk mendendangkan lagu di majlis sambutan tahun baru yang diadakan secara tertutup.

Namun begitu, situasi tidak dijangka apabila penyanyi lagu Pematah Hati itu tiba-tiba terpelecok dan terj4tuh semasa hendak menaiki pentas.

Situasi berkenaan telah dimuat naik sendiri Nabila di media sosialnya dengan menulis kapsyen ‘bagaimana dia memulakan tahun 2022’ pada ambang tahun maru malam tadi.

Walau bagaimanapun, tindakan penyanyi itu yang pandai cover selepas insiden memalukan itu mendapat pujian kerana dia tetap bangun dan kembali memeriahkan acara. Dia juga sempat mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua yang melihat persembahannya.

Kaki Nabila Razali leb4m gara-gara ters4ndung, tanggung malu depan tetamu – “S4kit hanya satu peratus sahaja”

MALU… Itulah perasaan penyanyi Nabila Razali yang tersandung ketika membuat persembahan di sebuah acara pada malam sambutan ambang 2022 di Menara Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu.

Akibat dari insiden tersebut, kaki Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali mengalami sedikit leb4m namun tiada kecederaan yang serius.

“Apa yang berlaku pada malam itu memang sesuatu yang sangat tidak dijangka. Kesan daripada tersandung itu, ada leb4m sikit.

“Tak ada apa yang serius… sakit itu ada la rasa sikit-sikit. Tapi perasaan malu itu lagi banyak. Nak buat macam mana, persembahan perlu diteruskan.

“Saya pun diberi tanggungjawab untuk menghiburkan tetamu yang hadir pada malam itu bersempena sambutan tahun baharu,” kata Nabila kepada mStar.

Sebelum ini, video memperlihatkan Nabila jatuh terjelepok ketika berjalan menuju ke pentas dengan diiringi muzik lagu Pematah Hati nyanyiannya mengundang perhatian netizen.

Waktu itu, sebenarnya dah tak fokus nak menyanyi.

Biarpun terjatuh tanpa diduga, Nabila yang juga seorang pelakon tetap berjaya mengawal situasi dengan mengucapkan selamat tahun baru.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Putus ini mengakui rasa s4kit hilang disebabkan terlalu malu jatuh di hadapan ramai tetamu.

Nabila menganggap insiden tersebut menjadi kenangan dan penutup untuk tahun 2021 serta berharap kejadian itu tidak berulang lagi.

Nabila dibantu dua orang selepas tersandung.

“Ikutkan perasaan malu 99 peratus, sakit itu hanya 1 peratus sahaja. Waktu itu, sebenarnya dah tak fokus nak menyanyi.

“Saya berharap insiden seperti itu tidak akan berlaku lagi… Insya-Allah. Alhamdulillah, semua orang pun terhibur pada malam itu.

“Ia sebagai penutup la untuk tahun 2021 saya. Semua orang dari serius, terus gelak ketawa. Dapat pahala juga buat orang tersenyum,” ujarnya.

Rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai dengan rata-rata berasa kasihan melihat situasi yang tidak dijangka seperti itu.

Akan tetapi mereka tetap memberi kredit kepada Nabila kerana masih lagi meneruskan nyanyian dan ada juga mengakui tidak mampu menahan gelak walaupun beras kasihan melihat penyanyi tersebut jatuh terduduk di lantai.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

SUMBER: MSTAR

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *