Rumah YouTuber tersohor Syahmi Sazli jadi tumpuan di TikTok, “Perghh artis paling humble”

Rasanya sebut sahaja YouTuber tersohor pasti ramai mengenali lelaki bernama Syahmi Sazli ini dimana dia antara seorang YouTuber yang sangat dikagumi oleh orang ramai.

Apatah lagi, sikap yang tidak menunjuk-nunjuk mahupun seorang yang humble mengundang Syahmi Sazli yang juga dikenali sebagai pelakon dan pengarah filem selalu mendapat perhatian dalam dunia hiburan tanah air.

Walau bagaimanapun, nampaknya teruja juga peminat YouTuber ini apabila sebuah rumah yang kelihatan mewah dengan design simple tapi cantik membuatkan ramai begitu tertarik.

Perkongsian pengguna TikTok atas nama Khazilaresources yang difahamkan berkongsi sedikit rakaman rumah YouTuber tersohor itu dengan menulis kapsyen, “Alhamdulillah last checking rumah YouTuber tersohor Kelantan pagi ni,” mencetuskan hantaran video terbabit mendapat perhatian dengan ribuan tanda suka ditinggalkan.

Menerusi rakaman kelihatan rekaan menarik rumah ini yang mana membuatkan Syahmi Sazli semakin menerima pujian warganet dengan sikap humble dirinya di aplikasi TikTok.

Rata-rata netizen diruangan komen bagaimanapun meninggalkan ratusan reaksi yang kebanyakannya turut kagum dengan kejayaan Syami Sazli sehinggakan hangat mendapat perhatian sekali gus menerima ribuan tanda suka ramai di hantaran video tersebut.

“Perhhh lawa rumoh dio”

“Wah dah nak siap rumah Syahmi Sazli, besar betul rumah…”

Biodata Syahmi Sazli, Bintang Youtube Malaysia Popular
Kerana minat yang mendalam terhadap dunia videografi dan gajet akhirnya membawa selebriti YouTube, Syahmi Sazli meraih pendapatan lumayan menerusi laman streaming video popular itu.

Penampilannya bersama remaja istimewa, Asif dan Yoe Parey menerusi drama pendek di saluran berkenaan berjaya mencetuskan fenomena dalam tempoh masa yang singkat.

Apa video sekalipun yang dikongsi Syahmi kepada para pengikutnya pasti akan menjadi trending dan mencatatkan jutaan tontonan.

Namun siapakah sebenarnya pemuda yang baru sahaja berusia 24 tahun ini? Berikut Iluminasi kongsikan butiran biodatanya.

Biodata Syahmi Sazli

1. Nama penuhnya, Muhammad Syahmi bin Sazli. Dikenali sebagai Syahmi Sazli.

2. Lahir pada 23 Mac 1995.

3. Berusia 24 tahun.

4. Berasal dari Kampung Gertak Kechupu, Kota Bharu, Kelantan.

5. Mendapat pendidikan di Sultan Ismail College (Maktab Sultan Ismail), Kota Bharu.

6. Berkelulusan diploma dalam jurusan Electrical Engineering daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Dungun, Terengganu, sebelum menyambung pengajian ijazah di UiTM Shah Alam, Selangor.

7. Mendirikan rumah tangga dengan Anissa Faizul dan sehingga kini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ainul Mardhiah pada 8 Januari 2019.

8. Bergiat sebagai Youtuber kerana minat yang mendalam terhadap dunia videografi dan gajet.

Biodata Ringkas Yoe Parey dan Asif

Merupakan rakan gandingan Syahmi dalam ‘drama spontan’.

Nama sebenar Asif ialah Muhamad Asif bin Suhaimi, manakala Yoe Parey pula, Muhd Ashrul Hakim Lukman.

Asif yang berusia 17 tahun berasal dari Kampung Gertak Kechupu, Kota Bharu dan merupakan anak sulung daripada dua orang adik-beradik.

Yoe turut menyara kehidupannya sebagai peniaga pisang goreng di gerai yang diusahakan bersama abangnya.

Yoe merupakan peminat nombor satu aktres Bella Astillah.

 

Sumber : trendingsangat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *