Rindu DSV Tak? Ini Jawapan Padu Iqbal! – “Semestinya Tidak Mudah Untuk …”

Umum mengetahui kisah cinta tak jadi usahawan yang kini bergelar penyanyi Iqbal Zulkefli dan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV).

Putus belum sempat ke jenjang pelamin, ramai yang turut berduka dan kecewa atas gagalnya hubungan yang cuba dibina pasangan itu.

Bagaimanapun, kedua-duanya masih terbuka dan berlapang dada menerima ketentuan takdir yang tidak menemukan mereka bersama.

Buktinya, Iqbal tampil menjawab soalan yang diajukan pengikutnya mengenai DSV di Instagram pada Sabtu.

Ditanya adakah Iqbal masih merindui DSV, ini jawapannya!

“Semestinya tidak mudah untuk lupa namun saya mesti lakukan. Banyak pengalaman bersama. Saya serahkan kepada Allah.

“Cuma untuk toleh ke belakang, pasti tidak,” tegasnya.

Iqbal juga mengakui akan membuka hatinya untuk mengenali lebih ramai wanita selepas ini tanpa meletakkan harapan tinggi.

“Saya perlu bukakan hati untuk kenal dengan ramai orang tanpa menaruh harapan tinggi dan tidak memberi harapan.

“Usia saya sudah 27 tahun terasa mahu ada anak sendiri. Sekarang saya terbuka untuk kenal sesiapa sahaja.

“Tetapi tidak mudah jumpa yang tepat kerana saya juga ada kekurangan,” tambahnya.

Iqbal yang pernah menjadi pembantu peribadi DSV mula menjadi buah mulut ramai apabila kedua-duanya mula mengakui hubungan yang terjalin dan mendedahkan bakal berkahwin pada Disember tahun ini.

Selain membuat pemeriksaan kesuburan, DSV dan Iqbal juga sudah bersiap sedia menempah persiapan perkahwinan namun hubungan mereka mendapat tentangan daripada anak DSV, Cik B.

Kontroversi terus berlarutan apabila DSV muncul ke kediaman Iqbal seawal 3 pagi bagi memujuk jejaka kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu serta menghadiahkan sebentuk cincin.

Iqbal juga pernah mengeluarkan kenyataan memberitahu DSV merupakan wanita pertama dan terakhir yang ‘disentuhnya’, namun enggan memperincikan maksud kata-katanya itu.

 

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *