
Aktor popular, Remy Ishak berkongsi pengalaman bekerjasama dengan Allahy4rham Ashraf Sinclair menerusi filem lakonan mereka, Proksi.
Menurut Remy, Allahy4rham adalah seorang yang baik dan bersemangat dalam apa yang dilakukannya.
View this post on Instagram
“Memang saya pernah bekerjasama dengan arw4h sebelum ini di Jakarta, Indonesia, dia seorang yang sangat baik dan cool.
“Kalau tak kenal Ashraf, orang akan nampak dia macam santai, sebab dia effortless.
“Tapi bila dah duduk sekali dalam set penggambaran, dia sangat bersemangat dan menjiwai watak yang diberikan,” katanya.
Dalam pada itu, Remy juga menyifatkan Allahy4rham Ashraf sebagai seorang kawan yang baik dan tentunya pelakon yang hebat.
“Selain itu, dia juga seorang kawan yang baik dan sentiasa memberi idea bernas, pendek kata, Ashraf Sinclair adalah aktor yang hebat,” katanya lagi.
Filem Proksi menyaksikan gandingan Bront Palarae, Ashraf Sinclair, Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang menyaksikannya! Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Sumber: Gempak
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.