Ramai Yang Tertanya Siapa VVIP Yang Solat Jumaat Tanpa Pengiring. Sekali Ada Satu Individu Ini Dedahkan Siapa VVIP Tersebut Buat Ramai Terkejut.

Sebelum ini menerusi satu perkongsian yang tular di Twitter milik, dia telah memuat naik video seorang VVIP yang turun dari kereta jenis Toyota Vellfire meluru masuk ke masjid tanpa beratur seperti jemaah yang lain.

Hal ini pastinya membuatkan orang lain tidak puas hati kerana masing-masing perlu beratur dan mengikut SOP untuk mendapat tempat di dalam masjid.

Dapat dilihat juga beberapa jemaah mulai pr0tes dan mempersoalkan petugas masjid mengapa mereka tidak dibenarkan masuk sedangkan sudah berdiri di pintu masjid sejak jam 12 tengahari.

Ada juga diantara jemaah yang turut menanti solat di masjid tersebut memuat naik gambar keadaan diluar pintu masuk. Sememangnya ramai yang tengah menunggu peluang untuk masuk ke dalam bagi menunaikan solat Jumaat.

Siapa Kenal

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, hari ini tular di media sosial. Ia selepas Ismail Sabri dilihat hadir ke masjid tanpa sebarang kawalan kes.elamatan dan p.rotokol.

Malah, menerusi hantaran video dimuat naik beberapa pengguna laman sosial, Ismail Sabri yang mengenakan baju Melayu warna biru terlebih dahulu menunaikan solat sunat dan duduk di bahagian belakang bersama jemaah lain.

Pendakwah bebas, Ustaz Rahim Azhari menerusi video dimuat naik di TokTok berkata, ti.ndakan Ismail itu adalah contoh terbaik pemimpin negara.

“Kenal tak siapa dalam gambar ini? Tadi saya solat Jumaat di Masjid Putrajaya, saya nampak sosok tubuh ini, masyaAllah. Dia (Perdana Menteri) masuk masjid, mula-mula saya tak perasan siapa dia. Tapi bila dia bentang sejadah dan solat sunat, dalam hati saya, ya Allah ini. Betul, ini dia. Lama saya tengok, betul ini dia. Selepas itu saya terfikir, dia antara pemimpin tertinggi dalam negara, masuk masjid dalam keadaan ramai orang, tidak ada pengiring, tidak ada keistimewaan untuk bawa ke depan. Kalau dia lambat, dia duduk di saf belakang sama macam rakyat biasa. Pada saya ini satu contoh dan ikutan yang patut dicontohi. Satu kualiti kepimpinan yang patut kita ikut, merendah diri, tak pernah merasa diri hebat dan gunakan kuasa yang ada untuk bawa diri ke depan. Tapi dia macam orang biasa saja,” katanya.

Sementara itu, personaliti RTM, Khairol Azwan Arba yang turut berada di masjid sama kagum dengan Perdana Menteri. “Terbaiklah YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri pun tak kisah duduk belakang dengan kami. Respect,” tulisnya di Facebook.

Berdasarkan tinjauan di hantaran video yang tular itu, kebanyakan komen memuji sikap yang dipamer Perdana Menteri itu. Ini bukan kali pertama Ismail Sabri menjadi tular dan mendapat perhatian di media sosial. Sebelum ini, beberapa aksi bersahaja beliau berjaya dirakam orang ramai yang memperlihatkan bagaimana dia mendekati rakyat tanpa sebarang kawalan dan p.rotokol khas. Sumber: MH

Terkini abang Ismail Sabri tubuhkan parti baru. Sekali dia bagi tahu rupanya sebab ini Ismail Sabri mempunyai pemikiran yang sama.

Kamarazaman Yaakob, abang kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan melancarkan parti baru iaitu Parti Kuasa Rakyat, yang berbilang kaum dan mesra kerajaan pada 10 Oktober ini. Bercakap kepada Malaysiakini,

Kamarazaman yang juga Presiden Penaja kepada Parti Kuasa Rakyat berkata, objektif utama parti tersebut adalah memperjuangkan rakyat golongan B40 dan M40 dari tiga aspek utama iaitu pendidikan percuma, kesihatan percuma dan bantuan penginapan untuk rakyat miskin.

“Kita yakin perdana menteri ini (Ismail Sabri) juga mempunyai pemikiran membela rakyat marhaen daripada sejarah dia duduk (menyandang jawatan) di kementerian- kementerian itu (sebelum ini). Dia agak jelas memihak kepada rakyat kebanyakan, rakyat yang susah,” katanya apabila ditanya mengapa dia memilih untuk menubuhkan sebuah parti mesra kerajaan.

Tambahnya, keprihatinan Ismail Sabri terhadap rakyat kebanyakan dapat dilihat melalui sejarahnya memimpin beberapa kementerian di bawah portfolionya seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

“Jadi kita lihat tidak ada pertembungan daripada pemikiran dari pendirian parti dengan apa yang dia (Ismail Sabri) telah buat,” katanya. Kamarazaman yang juga merupakan Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UMSU) pada 70-an turut aktif memperjuangkan isu-isu rakyat, sehingga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1974 kerana terlibat dalam demonstrasi Baling di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Demonstrasi itu membantah harga getah yang menjunam yang memberi kesan kepada ekonomi petani dan penoreh getah khususnya di Baling, Kedah yang menyaksikan penduduk di situ kebuluran. Kamarazaman menyifatkan perjuangan partinya itu sebagai kesinambungan daripada apa yang telah diperjuangkan sebelum ini.

Menurutnya, dia melihat bahawa parti politik sedia ada tiada yang benar-benar terdiri daripada ahli yang berbilang kaum, selain PKR (Parti Keadilan Rakyat). “Parti ni adalah parti yang dibentuk oleh sekumpulan ahli akademik, profesional, ahli perniagaan, aktivis sosial dan orang yang berfikir untuk meneruskan perjuangan apa yang saya perjuangkan di kampus dahulu,” katanya.

Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada partinya akan meletakkan calon pada pilihan raya akan datang, katanya perkara tersebut bukanlah menjadi matlamat sebenar perjuangannya. “Kita tak memikirkan pilihan raya. Kita fikir untuk lahirkan sebuah parti yang perjuangkan hak-hak orang miskin. “Soal pilihan raya tu bukan matlamat kita. Matlamat kita adalah untuk memperjuangkan rakyat miskin,” katanya.

Tak lama lagi boleh rentas negeri. Pm Ismail Sabri akhirnya tampil bersuara dedahkan sesuatu tentang kebenaran rentas negeri.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan “dalam beberapa minggu lagi”. Beliau berkata, ini kerana sehingga Rabu lepas (22 Sept) 81 peratus populasi dewasa dalam negara telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 dan dalam beberapa minggu sahaja lagi, ia boleh mencapai kadar 90 peratus untuk mendapatkan kelonggaran rentas negeri itu.

“Insya Allah, sabar. Tunggu beberapa minggu lagi saya percaya 90 peratus dapat dicapai dan kelonggaran diberi untuk rentas negeri,” kata Ismail Sabri yang menyifatkan pengumuman mengenai kebenaran rentas negeri itu sebagai sesuatu yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia.

“Kalau Rabu lepas sudah capai 81 peratus, maknanya sudah tidak lama lagi nak (boleh) rentas negeri. Jadi bolehlah balik ke kampung berjumpa ibu bapa. Saya difahamkan ada yang sudah setahun tidak berpeluang berjumpa ibu bapa,” katanya ketika berucap melancarkan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia yang dikenali sebagai Rumah Ikram Keluarga Malaysia di sini hari ini.

Rabu lepas Perdana Menteri dilaporkan berkata Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikannya memutuskan rakyat dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM). Sumber : Malaysia Gazette

Terkini, rentas negeri akan dipertimbang hujung Oktober

Sementara itu, memetik laporan portal mstar hari ini, kebenaran merentas negeri secara menyeluruh akan dipertimbangkan pada akhir Oktober sekiranya negara memasuki fasa endemik. Berita yang dinantikan itu dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Jelas beliau, dia berharap kelonggaran tersebut dapat difikirkan secara mendalam pada masa terdekat. ”Usaha kerajaan membawa negara ke fasa endemik yang dijangka pada akhir Oktober ini tentunya merangkumi kebenaran untuk merentas negeri.

” Paling utama kita tidak mahu perkara itu menyebabkan jangkitan COVlD-I9 menular ke kawasan yang sebelum itu mungkin tidak ada risiko ekoran perjalanan besar-besaran daripada destinasi yang agak berisiko,” katanya.

Tambah Hishammuddin lagi, oleh yang demikian, kerajaan perlu berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan untuk melihat fasa endemik pada hujung Oktober depan. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Bilik Media Parlimen pada Selasa.

Hishammuddin turut berkata, peralihan ke fasa endemik bergantung kepada perkembangan program vaksinasi. ”Pertimbangan bagi aktiviti rentas negeri juga merangkumi keupayaan fasiliti kesihatan bagi negeri-negeri terlibat.

” Ketika ini kebenaran merentas negeri hanya dibenarkan bagi perkara-perkara tertentu melibatkan individu yang telah lengkap divaksin.” ujarnya. Hurai beliau lagi, kebenaran semasa termasuk pelaksanaan gelembung pelancongan di Langkawi, kebenaran bagi pasangan suami isteri jarak jauh dan ibu bapa yang mahu melawat anak di bawah 18 tahun.

Terdahulu, Iarangan rentas negeri dilaksanakan sejak Mei ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Pada 14 Sept, Hishammuddin mengumumkan kerajaan kini di peringkat akhir untuk mengurangkan SOP PPN hanya kepada 10 SOP berbanding 181 sekarang bagi memudahkan orang ramai untuk memahaminya.

Dalam pada itu, Pulau Pangkor, Pulau Redang dan Pulau Tioman antara destinasi pelancongan yang dijangka akan dibuka kepada orang ramai dalam masa terdekat. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pembukaan lebih banyak destinasi pelancongan adalah sebagai usaha merancakkan semula industri pelancongan.

Menurutnya, pelancongan menjadi antara industri yang paling terjejas teruk akibat pndemik COVlD-I9 sejak lebih setahun lalu. ” Kerajaan sudah menyediakan pelbagai bantuan bagi meringankan kepayahan penggiat industri pelancongan melalui pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan sebelum ini.

” Kementerian sendiri turut melaksanakan inisiatif bukan kewangan untuk membantu syarikat pengendali pelancongan seperti Kelonggaran Berkaitan Kompaun, Pengecualian Fi Kepada Pengusaha Pelancongan dan Kelonggaran Syarat Lesen Kepada Pengusaha Pelancongan,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Tan Kok Wai (PH-Cheras) yang mahu mengetahui sejauh manakah perhatian diberikan kepada kesengsaraan yang dihadapi oleh industri pelancongan dan sama ada strategi berkesan dilaksanakan untuk menyelamatkan industri ini yang terkesan teruk akibat pndemik COVlD-I9. Sumber: Mstar dan hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Sumber: greatdailynews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *