
PETALING JAYA: Pelakon jelita, Siti Saleha menegaskan dia belum berc3ai dan berharap orang ramai tidak keliru dengan status rumah tangganya yang terkini.
Dia, menerusi pesanan WhatsApp memberitahu setakat ini hanya memfailkan permohonan untuk berc3rai.
“Saya failkan cer4i atas kebenaran mahk4mah.
“Belum cer4i lagi. Harap tidak kel1ru. Itu sahaja boleh komen, terima kasih,” jawabnya.
Siti Saleha dan suami, Ahmad Lufti Azhar, 35, menghadiri prosiding sebutan k3s perc3raiannya yang diadakan di Mahk4mah Rendah Syariah Klang, Selangor Rabu lalu.
Prosiding yang berlangsung sekitar pukul 10 pagi itu dilakukan dihadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim.
Dalam pada itu, pelakon yang mesra dengan panggilan Sally ini tampil memuat naik gambar terbaharu di Instagram, tidak lama selepas berita permohonan cer4inya menjadi tular.
“I’m good (saya baik-baik sahaja),” tulisnya.
View this post on Instagram
Gambar terbaharunya itu menerima lebih 92,000 likes dan dihujani simbol ‘hati’ yang dilayangkan netizen termasuk rakan artis seperti Ayda Jebat, Sara Ali, Elly Mazlein, Hunny Madu, Tiz Zaqyah, Mimi Fly dan ramai lagi.
Sumber: Utusan