Ramai Rasa Bingung Lihat Burung ‘Terg4ntung Tidak Bertali’, Sekali Bomba Datang

PETALING JAYA – Pengguna jalan raya berhampiran stesen Transit Aliran Massa (MRT) Damansara di sini terpegun dan bingung apabila melihat seekor burung yang seolah-olah tidak bernyawa terapung di awangan tanpa sebarang tali.

Menerusi satu video yang tular di laman Facebook hari ini, kelihatan burung tersebut yang agak besar seperti terper4ngkap dan terg4ntung di awangan namun tidak kelihatan sebarang tali yang memungkinkan kejadian itu terjadi.

Video tular berdurasi 37 saat itu turut memaparkan dua orang anggota bomba berdiri di atas jentera bomba dengan memegang sebatang kayu panjang cuba untuk menyelamatkan haiwan berkenaan sambil dikerumuni oleh orang ramai sehingga mengakibatkan kesesakan jalan raya.

Kejadian tersebut bagaimanapun bukan satu fenomena mist1k apabila pihak Bomba Selangor hari ini mengeluarkan kenyataan yang memaklumkan bahawa burung tersebut sebenarnya tersangkut pada seutas tali tangsi layang-layang.

“Kejadian berlaku pada 12 November lalu dan pihak bomba telah dimaklumkan tentang kejadian kira-kira pukul 6.28 petang sebelum sepasukan anggota juga pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara telah dikejarkan ke lokasi.

“Dalam kejadian tersebut, seekor burung helang telah tersangkut pada seutas tali tangsi layang-layang namun tidak lama kemudian haiwan berkenaan telah berjaya melepaskan diri dan terbang pergi,” kata kenyataan itu.

Penularan video itu bagaimanapun telah menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Facebook yang rata-ratanya berteka-teki bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku.

“Sudah terbukti yang kita sebenarnya hidup dalam dunia Matrix,” kata Jef Pang.

“Adakah ini cubaan makhluk asing untuk ‘memancing’ penduduk bumi? soal Xiang W Ei.

“Ini mesti disebabkan oleh frekuensi 5G,” sindir Muzill Mazelan

 

Sumber: trendingsangat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *