“Rakyat tak menang tangan bagi info, bantuan” -Naim Daniel

NAIM bangga dengan semangat kekeluargaan yang ditunjukkan rakyat Malaysia kerana sentiasa ada membantu orang lain walau apa keadaan jua sekalipun.

PETALING JAYA – Lantang bersuara, penyanyi dan pelakon Naim Daniel memuji semangat kebersamaan rakyat Malaysia yang ditunjukkan orang ramai menerusi media sosial berdepan mas4lah b4njir.

Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin berkata, rakyat sendiri berpusu-pusu dan menguar-uarkan misi bantuan kepada m4ngsa-m4ngsa yang terkesan disebabkan bencana alam yang mel4nda.

“Maaf, di Twitter lagi terasa ‘Keluarga Malaysia’-nya. Rakyat masing-masing tak menang tangan bagi informasi dan bantuan.

“Dari menunggu mesej daripada kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tentang ‘update’ b4njir terkini yang tidak masuk-masuk,” ciap pelantun lagu Purnama itu menerusi Twitter.

Dalam pada itu, Naim, 24, turut menitipkan pesanan dan doa kepada orang ramai supaya berhati-hati dalam keadaan yang runcing sekarang.

“Kepada m4ngsa banj1r yang sempat berteduh di tempat perlindungan yang disediakan, jaga diri ya?

“Walau bers3sak, jaga jarak fizikal jika mampu, C0vd-19 masih ada. Moga Allah memeluk kalian dengan kemas,” katanya lagi.

Terdahulu, hujan lebat yang berlarutan selama dua hari sejak kelmarin mengakibatkan kawasan-kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda banjir dengan Selangor menerima kesan terburuk selepas lebih 3,000 mangsa dipindahkan ke 30 pusat pemindahan sementara (PPS). – K! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:kosmo!

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *