Raja Farah anggap Isu Jenaka Rog*l Selesai, Sekali Tinggal Pesan Buat Ramai Terharu

PETALING JAYA – Enggan lagi memanjangkan isu jenaka r*gol yang membabitkan dirinya, pelakon Raja Farah menganggap perkara berkenaan telah pun selesai.

Raja Farah atau nama lengkapnya, Raja Farah Raja Aziz berkata, dia cuma berharap agar insiden yang menimpa dirinya menjadi iktibar dan tidak berlaku kepada orang lain selepas ini.

“Saya tak nak komen sangat kerana secara dasarnya, perkara ini sudah selesai.

“Cuma, apa yang saya harapkan, perkara ini tidak akan berulang atau terjadi lagi kepada sesiapa selepas ini. Semoga semua pihak yang terbabit dengan mana-mana program bual bicara akan lebih sensitif dalam menerbitkan konten mereka,” katanya.

Berkenaan permohonan maaf daripada pihak terlibat, Farah mendedahkan, dia belum menerima permohonan maaf secara peribadi daripada penerbit dan pengacara program berkenaan iaitu Khir Rahman walaupun permohonan maaaf sudah dibuat olehnya dalam Instagram.

“Saya tengok Abang Khir ada cuba cari nombor telefon saya namun, dia tidak ada DM (direct messege) atau apa-apa.

“Kalau abang Fauzi, dia ada DM saya dan muat naik dalam Instagram,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang kesan terhadap menT4lnya berhubung apa yang berlaku, Farah mengakui sangat terkesan namun bersyukur suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria seorang yang sangat memahami.

“Sekarang saya sudah okey. Suami banyak bagi sokongan dan kehidupan berjaya seperti biasa.

“Sejujurnya, saya sangat terkesan. Rasa macam a1b dibuka dan rasa seperti tidak dihormati. Saya dan suami berlapang dada dan kami berharap jangan ada pihak yang memburukkan keadaan pula.

“Saya tak kisah andai tak buat permohonan maaf secara terbuka. Perkara biasa sebagai manusia apabila kita tersilap kata. Harap semuanya diselesaikan secara baik,” katanya.

Terdahulu, pelakon Fauzi Nawawi berkongsi secara terperinci tentang babak rogol melibatkan Raja Farah dalam filem Anak Halal terbitan 2007 menerusi program bual bicara, Rumah No. 107.

Dalam segmen tersebut, Fauzi bersama dua tetamu undangan lain, Fizz Fairuz dan Zul Huzaimy termasuk Shuk Sahar mengimbau tentang watak jahat yang pernah dijayakan mereka. – K! ONLINE

 

Sumber:KOSMO!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *