“Aku Ingat Iqram Dinzly Tadi. Tengok Sebelah Kenapa Wawa Zainal”, Sekali Netizen Samakan Aeril Zafrel Dengan Iqram Dinzly

Digelar President TikTok oleh warganet, nama Aeril Zafrel tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Sering menghasilkan video dengan trend terkini dan berkongsikan di TikTok, tidak hairanlah mengapa figura ini menerima gelaran sebegitu.

Malah kapsyen yang ditulisnya juga cukup membuatkan warganet terhibur. Selain itu gelagat anak-anaknya yang masih kecil turut sama muncul dan menari dalam video TikTok miliknya membuatkan penonton turut sama tertawa.

Bagaimanapun, satu video terbaharu dari Aeril Zafrel yang dimuat naik menerusi aplikasi tersebut telah mencvri perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut kelihatan penampilan bermisai Aeril Zafrel telah membuatkan warganet mengatakan dia seiras Iqram Dinzly.

Korang lihat sendiri penampilan bermisai Aeril Zafrel yang dimuat naik di TikTok milik pelakon tersebut:

@aerilzafrel8 Senyum ni ke yg viral tu?@wawazainal29 ♬ original sound – Robert Brown

Memang nampak lain betul bila Aeril Zafrel bermisai tanpa janggut ini! Apa-apa pun perkongsian video ini telah meraih lebih 200 ribu tontonan. Apatah lagi apabila ternampak Hayla di tempat duduk belakang yang sakan menari. Berikut antara reaksi warganet yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Hahaha bang asal nampak macam Iqram Dinzly”

“Dah la penat..Gi mane2 jumpe Iqram Dinzly”

“Aku ingat Iqram Dinzly tadi. Tengok sebelah kenapa Wawa Zainal”

“Nape muka diserap jadi macam Iqram Dinzly”

Sumber: HCL

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *