Pembantu Rumah Lari Pukul 5 Pagi, Sarimah Alami Mvntah Tahap Kr1tikal

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim meluahkan rasa kec3wa apabila pembantu rumah yang dilayan dengan baik telah melarikan diri pada pukul 5 pagi sekitar minggu lalu.

Menurut Sarimah, 44, sebagai majikan beliau melayan pembantu rumahnya dengan baik. Malah, beberapa hari sebelum kejadian tersebut, beliau sekeluarga turut meraikan ulang tahun kelahiran pembantu rumah berkenaan.

“Beberapa hari sebelum itu, dia (pembantu rumah) sangat gembira dan selalu tersenyum dengan kami. Kami nyanyikan lagu selamat hari lahir, beri hadiah dan pelbagai lagi. Kami juga solat dan selawat bersama-sama, dia bukan main baik dan solehah.

“Saya ‘husnuzon’, tapi di manakah pelindungan untuk majikan seperti kami. Perlu ada perubahan dalam perjanjian bersama agensi,” tulis Sarimah dalam Instagramnya semalam.

Memburukkan lagi keadaan, ketika kejadian pembantu rumahnya melarikan diri, pada masa yang sama, Sarimah telah dikejarkan ke kec3masan hospital kerana mengalami muntah yang teruk.

“Saya tidak memuat naik sebarang hantaran selama seminggu kerana minggu lalu cukup mencabar. Minggu lalu daripada dikejarkan ke kecemasan hospital kerana muntah yang teruk kepada kejutan pembantu rumah melarikan diri pada pukul 5 pagi.

“Saya dan keluarga masih dalam pemulihan cuba untuk kuat kembali. Alhamdulillah, Daddy (suami) turut sakit tetapi sudah bertambah baik,” tulis Sarimah lagi.

Dalam pada itu, Sarimah mended4hkan doktor mengesahkan beliau hanya menghidapi flu perut dan bukannya Cov1d-19.

“Saya telah membuat ujian ca1Itan dan menurut doktor bukan Cov1d-19. Doktor mengatakan, hanya flu perut dan satu-satunya orang yang tidak sakit adalah orang yang melarikan diri itu,” tulis Sarimah.

Kejadian berkenaan benar-benar memberi pengajaran buat dirinya untuk tidak lagi mempercayai orang luar seratus peratus.

“Jangan sesekali pandang remeh terhadap kesihatan anda dan jangan percaya kepada orang luar selain keluarga seratus peratus,” kata Sarimah.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, Sarimah bersyukur tiada kejadian lebih buruk berlaku kepadanya dan keluarga.

“Saya dengar cerita yang lebih teruk. Alhamdulillah tiada kejadian yang buruk berlaku dan kami berada dalam keadaan selamat,” tulisnya lagi.

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Irish itu mendirikan rumah tangga dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie, pada 2 April 2015.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tunku Sofia Najihah yang kini berusia tiga tahun. – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: http://trendingsangat.pw/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *